Wednesday, April 27, 2011

Makan malam meraikan pelajar-pelajar Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Sultan Omar Dungun..

Para pelajar dan kakitangan pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Sultan Omar Dungun bergambar kenangan bersama Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad,anggota-anggota APMT Dun dan wakil Balai Polis Batu Rakit.

BATU RAKIT (PADANG POLIS) 27hb April 2011- Tepat jam 8.30 malam satu rombongan bas yang baru pulang dari Kota Baharu telah singgah untuk menikmati makan malam yang disediakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit. Rombongan yang membawa pelajar-pelajar pendidikan khas dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar ini telah diketuai oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas iaitu Tuan Azilah Tuan Azam.

Bersalaman untuk menaiki bas dan meneruskan perjalanan pulang ke Dungun.

Seramai 51 orang pelajar pendidikan khas yang terdiri dari 45 pelajar senior dan 6 orang pelajar pra pendidikan yang di iringi seramai 13 orang guru telah mengikuti rombongan ini. Majlis yang diadakan di Dataran Bestari Kampung Padang Polis ini telah disambut ketibaan para pelajar oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Haji Kamarudin Mohamad dan juga pembantu-pembantu APMT Dun.

Guru-guru turut bersama menikmati hidangan makan malam.

Dalam taklimat yang disampaikan oleh Haji Kamarudin Mohamad,beliau menyampaikan salam daripada YB Haji Khazan Che Mat kerana tidak dapat hadir pada majlis ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah pendidikan khas kerana sudi singgah di Batu Rakit untuk menikmati makan malam dan beramah mesra walaupun seketika. Beliau berharap agar dimasa yang akan datang pihak sekolah pendidikan khas akan terus sudi berkerjasama dengan Dun Batu Rakit demi kebaikkan semua.

Para pelajar menikmati hidangan.

Taklimat yang diberikan juga banyak menyentuh tentang kedudukan Batu Rakit sebagai sebuah tempat yang banyak menganjurkan program-program kemasyarakatan untuk kebaikan para penduduk.Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana dapat memberikan bakti untuk mengadakan majlis makan malam kepada para pelajar istimewa disamping meraikan kedatangan mereka ke Dun Batu Rakit.

Haji Kamarudin menyerahkan cenderahati kepada Tuan Azilah Tuan Azam.

Sementara itu menurut Tuan Azilah Tuan Azam selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Sultan Omar yang juga ketua rombongan,program lawatan yang dilakukan oleh sekolah pendidikan khas ini adalah yang pertama pada tahun ini. Para pelajar ini telah dibawa ke Kota Baharu untuk menaiki keretaapi dan juga merasai suasana pasar minggu di Wakaf Che Yeh. Tujuan program ini adalah untuk pendedahan para pelajar kepada suasana luar yang akan menjadikan mereka lebih berani menghadapi suasana seperti itu.

Tuan Azilah menghulurkan cenderahati kepada Haji Kamarudin.

Majlis makan yang diadakan secara santai ini juga turut dihadiri oleh wakil Balai Polis Batu Rakit dan juga IPD. Dalam majlis ini juga Haji Kamarudin turut menyampaikan cenderahati kenangan kepada Penolong Kanan Sekolah Pendidikan Khas Tuan Azilah Tuan Azam sebagai tanda perhargaan. Sementara itu dipihak sekolah pula satu cenderahati hasil pelajar-pelajar terbabit telah diberikan kepada Haji Kamarudin.

Haji Kamarudin menyampaikan taklimat sebelum makan malam.

Pelajar-pelajar Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Sultan Omar Dungun.

Mendengar taklimat yang disampaikan oleh Haji Kamarudin.

Guru-guru Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Sultan Omar disambut oleh anggota APMT.

Para pelajar bersalaman dengan anggota APMT Dun Batu Rakit.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment