Wednesday, April 20, 2011

Penyerahan Lettop oleh Kelab Remaja Islam Malaysia kepada JKKK Bukit Wan

Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun (berbaju merah) menerima penyerahan lettop dari wakil Kelab Remaja Islam Malaysia Encik Amizul Abdul Razak (kiri) sambil diperhatikan oleh YB Haji Khazan Che Mat.

BATU RAKIT (BUKIT WAN) 18 April 2011- Bertempat di Bangunan Pusat KRT Bukit Wan, sebanyak lima biji lettop telah diberikan oleh Kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM NEXTWORK) kepada Pengerusi JKKK Bukit Wan. Tujuan penyerahan ini adalah untuk membuka sebuah pusat IT bagi keguanaan para penduduk Kampung Bukit Wan. Majlis yang berlangsung pada jam 5.00 petang ini turut dihadiri oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Kanak-kanak mendapat tunjuk ajar dari YB Haji Khazan unutk membuka lettop.

Dalam ucapan terima kasih yang disampaikan oleh Pengerusi JKKK Bukit Wan Haji Chik Harun,beliau amat berterima kasih kepada Kelab Remaja Islam Malaysia kerana sudi menghulurkan sumbangan lettop kepada JKKK dan para penduduk. Menurut beliau dengan pemberian itu ianya dapat menjadikan perancangan menubuhkan pusat IT telah berjaya diadakan. Dengan sumbangan seumpama ini ianya akan dapat memberikan kemudahan kepada para penduduk untuk lebih mendekatkan diri dengan penggunaan komputer. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penduduk yang hadir kerana sentiasa memberikan kerjasama pada setiap program.

YB Haji Khazan melakukan gimik pelancaran kelab IT Bukit Wan.

Sementara itu dalam ucapan perhargaan oleh YB Haji Khazan Che Mat pula,beliau amat berterima kasih kepada Kelab Remaja Islam Malaysia kerana sudi menyumbangkan sebanyak 5 biji lettop kepada JKKK Bukit Wan. Dengan kehadiran dan pembukaan kelab ITdi Bangunan KRT,beliau berharap agar para penduduk dapat menggunakan kemudahan yang diberi dengan sebaik mungkin.

YB Haji Khazan (kanan) menyampaikan ucapan perhargaan kepada Kelab Remaja Islam Malaysia.

Beliau juga menekan betapa pada zaman kini penggunaan internet dan komputer adalah amat penting untuk meningkatkan mutu kerja."Dengan adanya pusat IT ianya akan dapat memudahkan lagi anak-anak Bukit Wan untuk belajar komputer dan memahirkan diri"katanya. Beliau juga turut berbangga dengan penubuhan kelab IT di Bukit Wan kerana telah banyak jasa yang dilakukan oleh para penduduk dalam mengharumkan nama Dun Batu Rakit. Sokongan yang padu dari para penduduk kampung amat dihargai oleh beliau.Kerjasama dan sikap maufakat yang ditonjolkan oleh para penduduk Kampung Bukit Wan perlu dicontohi dan diikuti.

Sebahagian para penduduk yang hadir menyaksikan penyerahan lettop kepada JKKK.

Beliau juga memberitahu betapa banyak JKKK dari luar untuk mengadakan lawatan bermaklumat ke Bukit Wan. Beliau berharap sokongan yang padu dapat dibrikan oleh para penduduk ketika pilihanraya nanti. Bagi beliau sokongan yang ditunjukkan oleh Bukit Wan telah membawa kepada terkenalnya Batu Rakit kini kepada orang luar.Turut bersama hadir dalam majlis penyampaian ini Encik Haniff Abdullah selaku Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment