Monday, April 4, 2011

Pertandingan Karom Tertutup Zon Darat 2011.

YB Haji Khazan (berbaju belang) turut sama bermain untuk merasai permainan karom dan seterusnya merasmikan perlawanan akhir.

BATU RAKIT (PANCHUR SEJUK) 4hb April 2011- JKKK Pancur Sejuk telah berjaya mengadakan Pertandingan Karom Tertutup Zon Darat ketegori pemuda dan veteran di Balairaya JKKK Darat hari ini. Pertandingan yang berjaya mengumpulkan 10 regu bagi ketegori Pemuda dan 8 regu bagi kategori Veteran. Pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini telah berjaya menarik minat para penduduk sekitar untuk hadir bersama-sama memeriahkn pertandingan ini.

Pengerusi JKKK Pancur Sejuk Encik Azmi Seman (berbaju melayu kelabu) menyampaikan cenderahati kepada YB Haji Khazan.

Dalam pertandingan ini regu Encik Nazana Hamzah dan Awie Zaki telah berjaya muncul juara bagi ketegori veteran setelah mengalahkan regu Encik Kamarudin Yunus dan Bakar Hasim. Juara dan naib juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100.00 dan RM70.00 berserta hamper. Manakala tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh regu Mat Zin dan regu Encik Ghani. Masing berjaya mendapat wang tunai sebanyak RM50.00 dan hamper.

Juara Ketegori Pemuda Encik Lazi Mohd Ghani (kiri) menerima hadiah dari YB Haji Khazan.

Manakala bagi ketegori pemuda pula,juara pertandingan telah dimenangi oleh regu Lazi Mohd Ghani dan Azmi Seman setelah menundukkan regu Ayub Yunus dan Nasrul Ali dengan keputusan permainan 2-1. Masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM100.00 dan RM70.00. Tempat ketiga dan keemapat yang meneriam wang tunai sebanyak RM50.00 dan hamper telah dimenangi oleh regu Bakar Jusuh dan regu Che Min.

Juara Karom ketegori veteran Encik Nazana Hamzah (kiri) menerima hadiah dari YB Haji Khazan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Agama dan Penerangan Negeri. Turut hadir menyerikan majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pemuda Dun Encik Azahar Mad Noor berserta jawatankuasanya,wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Tengku Mohd Abu Bakar dan para penduduk kampung. Majlis yang bermula jam 9.00 malam telah berakhir pada jam 11.00.

Pemuda sedang berentap untuk menentukan juara.

Menurut Encik Azmi Seman selaku Pengerusi Urusetia Pertandingan,beliau berbangga dengan sambutan yang telah diberikan oleh para pemuda dan juga penduduk pada pertandingan kali ini. Sikap kerjasama yang ingin melihat lebih banyak sukan dan program JKKK terus aktif amat dibanggakan. Beliau juga turut berbangga dengan kerjasama yang diberikan oleh YB Haji Khazan Che Mat."Sentiasa turun padang dan membantu menyokong setiap program yang dilakukan oleh JKKK atau pemuda adalah sikap yang patut disenangi oleh semua"katanya.

Pemain-pemain kategori veteran sedang mempamirkan aksi masing-masing.

Beliau juga berharap agar pertandingan seumpama ini akan sentiasa diadakan disetiap JKKK atau Cawangan kerana ianya merupakan aktiviti yang sihat disamping dapat memupuk sikap sabar dan sentiasa berkerjasama.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment