Wednesday, April 20, 2011

Bicara Komuniti Pendidik Dun Batu Rakit 2011

YB Haji Khazan Che Mat (dua dari kiri) bersalaman dengan para pendidik sebelum majlis dimulakan.

17 April 2011- Hampir 250 orang warga pendidik yang mengajar di dalam Dun Batu Rakit dan juga yang lahir di dalam Dun telah diraikan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri dalam Majlis Bicara Komuniti Pendidik Dun Batu Rakit 2011. Program yang diadakan di Permai Hotel Kuala Terengganu ini bermula dengan makan malam pada jam 8.15 malam.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Tuan Razali Daud (kiri) YB Haji Khazan (tengah) dan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Tuan Haji Salleh Haji Busu.

Majlis anjuran Pejabat Agama dan Penerangan Negeri ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT). Kesemua sekolah-sekolah didalam Dun Batu Rakit turut terlibat menjayakan program ini. Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit,APMT Dun, Bestari.Com dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah-sekolah Dun Batu Rakit turut sama memaikan peranan menjayakan majlis ini.

Tuan Haji Razali Daud (kiri) menerima cenderahati daripada YB Haji Khazan.

Dalam ucapan alua-alaun oleh Pengarah Pelajaran Negeri Tuan Razali Daud, beliau menyatakan program para guru bersama wakil rakyat ini adalah yang ketiga diadakan. "Dua Dun telah mengadakan program seperti ini dan Batu Rakit adalah yang ketiga"katanya. Beliau berkata program seperti ini akan berterusan disemua 32 Dun dalam Negeri Terengganu. Ianya bertujuan merapatkan hubungan antara para pendidik dengan semua wakil rakyat.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan.

Dalam ucapan, beliau juga berharap agar para guru-guru sentiasa memberikan yang terbaik demi mencapai misi Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu sebagaimana yang di khendaki oleh Kerajaan Negeri. Sasaran yang ingin dicapai pasti akan berjaya jika semua pihak yang terlibat sentiasa berganding bahu menuju kearah itu. Sikap guru-guru yang menjadikan politik sebagai satu cara untuk mempengaruhi pelajar juga turut diberi perhatian oleh Pengarah didalam ucapan beliau. Beliau juga memberitahu,pihaknya akan sentiasa memantau sikap sesetangah guru yang terlibat aktif dalam merancuni pemikiran para pelajar. "Kita sebagai pendidik,sepatutnya kita tahu menilai mana yang terbaik untuk kita dan mana yang tidak baik untuk kita ikuti" tambah beliau lagi.

Pengarah Pelajaran Negeri Tuan Razali Daud menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan,beliau berkata tujuan majlis Bicara Komuniti ini diadakan adalah untuk menghargai jasa-jasa guru yang sentiasa menaikkan nama Terengganu didalam bidang pelajaran. Ini terbukti apabila peperiksaan UPSR telah berjaya menobatkan Terengganu ditempat pertama selama 10 tahun berturut-turut.Telah ramai pelajar yang cemerlang berjaya dilahirkan melalui guru-guru di Terengganu.

Sebahagian guru-guru wanita yang hadir dalam program Bicara Komuniti.

Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru walaupun persepsi sesetengah masyarakat terhadap guru tidak seperti dahulu lagi. Guru juga banyak membentuk sifat masyarakat yang cemerlang dan berjaya dalam hidup. Ini dapat menaikan lagi sikap dan komitmen guru dan ianya perlu diberi perhargaan yang terbaik sebagai mengenangkan jasa mereka.

Bersama-sama mendoakan keberkatan majlis.

Beliau juga menambah bahawa kerajaan juga telah banyak berbelanja untuk menaikkan taraf bidang pelajaran sebagai pemancu dimasa hadapan. Dengan belanja sebnayak RM20 juta setahun ianya menunjukkan betapa kerajaan terlalu mementingkan pelajaran sebagai sesuatu yang amat penting untuk anak bangsa dimasa hadapan. "Melahirkan pelajar yang berjaya juga merupakan satu tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul oleh para guru pada masa kini"katanya. Beliau juga berharap agar para guru akan sentiasa memberikan yang terbaik demi mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan pelajaran sebagai bukti kecermelangan anak-anak Terengganu bersaing di dunia global pada masa kini.

APMT DUN Batu Rakit turut bersama menikmati hidangan makan malam.

Beliau menguncapkan juataan terimakasih kepada semua guru yang hadir pada majlis ini kerana ianya merupakan tanda sokongan kepada hasrat kerajaan untuk memberikan yang lebih baik terhadap pelajaran. "Tanpa guru tiada yang akan menjadi pendidik dan tanpa guru juga ianya tidak akan berjaya melahirkan para bijak pandai untuk menjadi pemimpin dimasa hadapan" ujar beliau lagi. Walaupun pelbagai cabaran yang kini dihadapi oleh guru-guru,beliau berharap agar itu semua akan dapat diatasi dengan sebaik-baiknya oleh pihak guru.


Guru-guru dari Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Rakit hadir memeriahkan majlis.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Tuan Haji Salleh Haji Busu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad,Pegawai Pejabat Agama dan Penerangan Negeri Encik Haniff Abdullah,para media-media arus perdana,Ketua-ketua Sektor Pengetua-pengetua dan guru-guru besar Sekolah didalam Dun Batu Rakit dan juga Pengerusi atau wakil PIBG. Majlis ini telah berakhir pada jam 11.00 malam.

Pembantu-pembantu APMT Dun yang bertindak sebagai pendaftar kehadiran.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment