Thursday, April 21, 2011

Taklimat Keluarga Mithali 2011 dan penagihan baucer Bantuan Pakaian Sekolah Dun Batu Rakit.

Haji Kamarudin Mohamad menyampaikan taklimat sambil diperhatikan oleh Haji Zakaria Abdul Rahman (kiri) dan Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak Pulau Redang Encik Mohd Zamari Abu Zih.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 18hb April 2011- Satu Taklimat untuk percalonan Keluarga Mithali dan Penyerahan Baucer Bantuan Sekolah 2011 telah diadakan di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras. Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Haji Kamarudin Mohamad pada jam 9.30 malam.

Wakil YB,Haji Zakaria Abdul Rahman (kiri) menyerahkan dairi dan baucer bantuan sekolah kepada Pengerusi JKKK Gong Lingai Encik Mohamad bin Mohd Ali.

Dalam taklimat ini,Haji Kamarudin banyak menyentuh tentang syarat-syarat yang dikenakan keatas mereka yang hendak dicalonkan oleh pihak JKKK.Terdapat 3 ketegori yang dipertandingkan dalam pertandingan kali ini iaitu Keluarga Mithali,Bapa Tunggal Mithali dan Ibu Tunggal Mithali. Haji Kamarudin juga berharap agar percalonan dari pihak JKKK pada kali ini adalah mereka yang betul-betul layak sahaja. Penghakiman pada pertandingan kali ini akan diadili oleh pihak Yayasan Pembangunan Keluarga,Pusat Khidmat Dun dan juga beberapa orang Pengerusi JKKK. "Para pemenang yang telah dipilih peringkat DUN akan dicalonkan pula untuk pertandingan peringkat negeri nanti"tambah beliau.

Haji Azmi Ali (kiri) Pengerusi JKKK Wakaf Chatur menerima baucer bantuan sekolah dan dairi dari wakil YB Batu Rakit,Haji Zakaria Abdul Rahman.

Sementara itu dalam taklimat pembahagian baucer untuk Bantuan Pakaian Sekolah pula,Haji Kamarudin pula memberitahu bahawa tarikh untuk pembahagian duit akan diadakan pada 24 dan 25 April nanti. Pada 24hb sebelah pagi ianya diadakan diDewan Sivik Pantai Batu Rakit untuk peti undi Zon Pantai dan pada sebelah petang pula ianya diadakan di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras untuk peti undi zon darat.Pada 25hb pula ianya akan diadakan di Balairaya Kampung Baru Pulau Redang. Beliau amat berharap kerjasama yang baik dapat diberikan oleh para Pengerusi JKKK yang terlibat untuk melincinkan perjalanan pembahagian duit bantuan sekolah nanti.

Para Pengerusi JKKK dalam Dun Batu Rakit yang hadir mendengar taklimat.

Sementara itu dalam taklimat yang disampaikan oleh Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak Pulau Redang pula Encik Mohd Zamari Abu Zih pula, beliau berterima kasih kepada seluruh Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit kerana telah berjaya mengemas kini data e-kasih dengan sebaik-baiknya. Sebanyak 62 orang yang telah meninggal dunia berjaya dipotong nama-nama mereka.Beliau juga memberitahu hanya 6 buah rumah baru dan 6 buah baik pulih telah diluluskan oleh pihak Pejabat Daerah untuk setiap DUN dalam Bantuan PPRT 2011. Dan nama-nama yang hendak dicalonkan untuk kelayakan tersebut hendaklah mereka yang telah berdaftar dengan e-kasih.Dalam bantuan atap biru pula sebanyak RM200,000.00 sahaja yang telah diluluskan oleh pihak Pejabat Daerah bagi setiap Dun. Setiap JKKK perlu mencadangkan hanya 3 nama sahaja untuk terima bantuan atap biru yang bernilai RM6,000.00 setiap JKKK. Diakhir taklimat beliau berharap agar Pengerusi JKKK dan Jawatankuasanya dapat mencalonkan mereka yang benar-benar layak sahaja untuk menerima bantuan-bantuan yang diberi. Ini dapat mengelakkan sikap sangka buruk dan pandangan negetif dari masyarakat setempat kepada JKKK.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment