Saturday, April 23, 2011

Program Kesedaran Alam Sekitar..

Pengarah Trevicosta Negeri Dato' Haji Wan Zahari Wan Ngah (berbaju putih) melakukan penanaman pokok sebagai gimik pelancaran Kempen Kesedaran Alam Sekitar.

BATU RAKIT (TANJUNG) 22hb April 2011- Satu kempen Kesedaran Alam Sekitar telah diadakan di Taman Rekreasi Mengabang Kapal telah diadakan pada jam 9.00 pagi.Program yang berkisar pada kebersihan dan kehijauan bumi telah dihadiri seramai 150 orang para penduduk, pelajar-pelajar dari Pusat Akedemi Laut Malaysia Cawangan Terengganu (ALAM), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan juga Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit. Kempen Kesedaran Alam Sekitar ini telah dianjurkan oleh JKKK Tanjung Batu Rakit dengan kerjasama sepenuhnya dari Trevicosta Negeri. Pengarah Trevicosta Negeri Dato'Haji Wan Zahari Wan Ngah turut bersama hadir bagi memantau dan memerihkan program ini.

Pelajar Akedemi Laut Malaysia (ALAM) turut sama menjayakan kempen.

Dalam temubual yang diadakan bersama dengan Dato' Haji Zahari,beliau menerangkan matlamat utamat kempen-kempen seumpama ini diadakan adalah untuk memastikan pantai-pantai dikawasan Negeri Terengganu sentiasa bersih dan menarik. Kempen ini juga bertujuan untuk menekan kepada masyarakat betapa pentingnya kebersihan dan ianya perlulah sentiasa diutamakan. Dalam pada itu juga beliau berharap ianya dapat merapatkan hubungan saliturahim antara mereka-mereka yang terlibat menjayakan aktiviti kempen ini. Sikap tolong menolong antara satu sama lain pasti akan memupuk semangat setiakawan yang baru untuk kita bersama-sama menanamkan rasa muhibah yang lebih padu.

Dari kiri: Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Tengah Encik Mohd Zazarin Abdul Ghani,Pengerusi JKKK Tanjung Encik Abu Bakar @ Md.Amin bin Ali,Pengarah Trevicosta Negeri Dato' Haji Wan Zahari Wan Ngah,Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudi Mohamad dan Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak Pulau Redang Encik Mohd Zamari Abu Zih.Belakang dari kanan: Encik Zaidi Awang Setiausaha JKKK Tanjung dan Hairudin Ab.Ghani Timbalan JKKK Tanjung.

Dalam program ini juga Dato' Haji Wan Zahari telah menanam pokok bunga sebagai menyahut seruan kerajaan bagi kempen bumi hijau seperti mana yang telah dilakukan di Putrajaya apabila sebanyak 26 juta pokok telah ditanam diseluruh negara. Tujuan penanaman semula pokok-pokok ini adalah untuk mengindahkan kembali kawasan pantai agarnya dapat menarik lebih ramai para pengunjung yang datang. Menurut Dato' Wan Zahari lagi,banyak pantai-pantai di Terengganu telah berjaya menerik pengunjung apabila ianya bersih dan indah."Pantai Terengganu yang memanjang sebanyak 244 kilometer perlu diberikan perhatian untuk menarik agar lebih ramai para pelancong yang datang. Terutamanya pantai-pantai yang berada dikawasan pendalaman"kata beliau.

Sebahagian para peserta yang hadir dalam menjayakan kempen Kesedaran Alam Sekitar.

Beliau juga berharap agar pantai-pantai di Terengganu akan sentiasa bersih dan kempen-kempen kebersihan akan sentiasa dijalankan demi menjadikan pantai sebagai tempat istirehat bagi keluarga dan juga tempat untuk menjalankan aktiviti riadah dan juga bersukan. Banyak taman-taman rekreasi yang dibuat di tepi pantai sebagai salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Beliau berharap agar masyarakat setempat sentiasa mengutamakan kebersihan demi menjadikan kebersihan itu sebagai salah satu rutin dalam kehidupan.

Haji Kamarudin melakukan tanaman pokok untuk menjayakan kempen bumi hijau bersama Kesedaran alam sekitar.

Penghulu Batu Rakit Wakaf Chagak Pulau Redang Encik Mohd Zamari Abu Zih turut sama menanam pokok bagi menjayakan kempen.


Pengerusi JKKK Tanjung (bertopi) bersama Timbalannya menanam pokok bagi menghijaukan kembali kawasan pantai Mengabang Kapal.

Pengerusi JKKK Tanjung menyodok tanah untuk ditimbus ke dalam lubang yang digali sambil diperhatikan oleh Penghulu Encik Mohd Zamari.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment