Tuesday, April 12, 2011

Cakna Rakyat...APMT Dun dan Skuad Sayang terus bergerak...

Puan Hajah Nik Aini dan anggota APMT Dun serta Skuad Sayang melawat Senik binti Ismail (terbaring) yang mengalami sakit tua.

BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 12hb April 2011- Program lawatan dan sumbangan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan sentiasa mendapat tempat dihati isteri YB Haji Khazan Che Mat. Bersama-sama dengan APMT Dun dan Skuad Sayang (Wanita UMNO Batu Rakit),Puan Hajah Nik Aini Nik Soh terus bergerak menjalankan aktiviti ini.Selepas Peti Undi Bukit Wang yang dijalankan sebelum beliau mengerjakan umrah,giliran Peti Undi Bukit Chempaka pula telah diziarahi.

Anggota APMT dan Skuad Sayang turut sama mendengar cerita yang disampaikan oleh Sakinah Mamat.

Di Peti Undi Bukit Chempaka seramai tiag orang warga emas telah dikunjungi dan diberikan bantuan makanan sebagai tanda ziarah dan cakna kepada warga tua. Di kampung Bukit Agu Puan Sakinah binti Mamat yang berusia 68 tahun telah menerima kedatangan Puan Hajah Nik dengan penuh rasa bangga.Walaupun sumbangan yang diberikan tidak sebesar mana,tapi menurut beliau rasa dan sifat cakna kepada rakyat adalah satu amalan yang amat mulia dan patut dicontohi. Kerja-kerja kemasyarakatan sebegini yang sentiasa ditunjukkan oleh isteri YB,amat bertepatan dengan konsep kerajaan negari yang sentiasa mendahulukan rakyat.

APMT Dun dan Skuad Sayang bersama-sama Puan Hajah Nik Aini masuk kampung.

Sementara itu di JKKK Kampung Pasir Puteh pula seorang warga emas yang berusia 90 tahun dan mengalami sakit tua Senik binti Ismail telah dilawati oleh Puan Hajah Nik dan rombongan. Walaupun beliau berada didalam keadaan sakit namun kegembiraan jelas terpancar diwajahnya ketika berbual-bual dengan Hajah Nik. Beliau juga turut melahirkan rasa syukur diatas sikap perihatin yang ditunjukkan oleh Hajah Nik.

Menyampaikan sumbangan kepada Sakinah Mamat (bertudung biru)

Bagi JKKK Kampung Bukit Chempaka pula,warga emas Halimah binti Abdullah yang berusia 70an tetap bersemangat menerima kehadiran Hajah Nik. Kecerian jelas terbayang dengan semangat yang gagah ketika bercerita tentang apa yang beliau alami ketika zaman remaja. "Tiada apa yang dapat dikatakan lagi bila orang besar ingat dan cakna pada kita.Hanya terima kasih dan doa agar sentiasa dirahmati Allah sahaja yang dapat makcik buat"katanya.

Puan Hajah Nik Aini (kanan) mendengar cerita yang disampaikan oleh Halimah Abdullah (kiri)

Sementara itu menurut Puan Hajah Nik Aini,kerja-kerja amal seperti ini akan sentiasa dilakukan setiap masa. "Kita akan sentiasa memberikan perhatian kepada warga-warga tua ataupun pesakit-pesakit kronik yang sentiasa memerlukan perhatian. Mereka semua adalah insan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang"kata beliau. Dengan kerjasama Skuad Sayang dan juga APMT Dun, ianya akan dapat memudahkan lagi program-program seperti ini dilakukan.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment