Thursday, April 28, 2011

Perasmian Mesyuarat Agung PEMADAM kali ke 28 tahun 2011.

Penghulu-penghulu Mukim,Pengerusi-pengerusi JKKK turut sama hadir pada majlis ini.

BATU RAKIT (MENGABANG LEKUR) 28hb April 2011- Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Agung yang ke 28 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekur. Program yang bermula pada sebelah pagi ini dengan pengisian ceramah dan juga pameran tentang bahaya dadah kepada semua.Dan majlis perasmian mesyuarat agung telah dilakukan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa agama dan Penerangan Negeri.

Pegawai Daerah Kuala Terengganu Tuan Haji Nawawi (kanan) menyampaikan cenderahati kepada YB Haji Khazan.

Hampir seluruh para pegawai PEMADAM Daerah Kuala Terengganu telah berkampung di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit Mengabang Lekur. Para Penghulu-penghulu Mukim Daerah juga turut hadir dalam Mesyuarat Agung ini.

YB Haji Khazan menyampaikan cenderahati kepada penceramh undangan dari Agensi Dadah Kebangsaan (ADK).

Dalam ucapan alu-aluan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu yang juga Pengerusi PEMADAM Daerah Tuan Haji Nawawi, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh yang hadir menjayakan program PEMADAM pada kali ini. Terima kasih juga beliau hulurkan kepada pihak sekolah kerana sudi menjadi tuan rumah pada mesyuarat agung kali ini.Menurut beliau lagi ini merupakan kali pertama program PEMADAM diadakan dikawasan sekolah dan juga yang pertama di Dun Batu Rakit.

Para pelajar perempuan mendengar ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan.

Menurut beliau lagi PEMADAM telah berusaha keras untuk membasmi dadah dinegara ini. Banyak program yang telah dilakukan pada tahun lepas untuk mengajak masyarakat terus mencegah penagihan dadah dari terus merebak menjadi barah yang tidak dapat diubati lagi.Pelbagai lawatan bermaklumat juga telah dilakukan untuk jawatankuasa PEMADAM lebih mendalami ilmu pencegahan dadah.

Para pelajar lelaki tidak ketinggalan mendengar ucapan dari YB Haji Khazan.

Beliau juga berharap para masyarakat setempat turut bersama-sama dalam membasmi dadah demi kebaikan kepada negara,agama dan bangsa.Peranan ibubapa juga turut ditagih dalam menjaga anak-anak mereka agar sentiasa menjauhi najis dadah.Sikap cakna anak perlu diterapkan dikalangan para ibubapa untuk mencapai hasrat kerajaan dalam membasmi dadah.
Diakhir ucapan beliau,beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Haji Khazan kerana sudi hadir merasmikan mesyuarat agung pada kali ini.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian.

Sementara itu dalam ucapan YB Haji Khazan pula beliau mengingatkan betapa dadah ini merupakan musuh nombor satu negara.Perkara ini perlulah dibasmi dengan bersungguh-sungguh dan kerjasama semua pihak."Ancaman dadah ini telah lama berlaku dinegara kita.Jika penubuhan PEMADAM itu telah 26 tahun lalu,masalah dadah ini telah lama kerajaan cuba untuk membasmi dan mengatasinya"kata beliau.

Tuan Haji Nawawi menyampaikan ucapan alu-aluan.

Apabila seseorang itu menjadi penagih dadah,banyak perkara yang tidak diingin akan berlaku nanti. Pengaruh dadah akan membuat seseorang itu bertindak diluar kawalan. Banyak kejadian seperti pukul ibu atau bapa sendiri kerana mahukan duit untuk membeli dadah telah berlaku kini. "Ini menunjukkan manusia yang berada dibawah kawalan dadah sudah hilang sikap hormat pada ibubapa dan perkara ini jelas bertentangan dengan ugama" kata beliau lagi.

YB Haji Khazan disambut dengan bungga mangga dan paluan kompang.

Banyak masaalah sosial kini seperti rempit,pergaulan bebas terjadi akibat dari penagihan dadah.Sikap remaja kini juga banyak mendedahkan mereka kepada dadah.Pergaulan yang terlalu bebas dan tanpa kawalan dari ibubapa juga akan menyebabkan para remaja terjerumus kearah penagihan dadah.Dadah juga banyak merosakkan tubuh badan para penagih dan perkara ini akan melemahkan kerajaan pada masa hadapan. Beliau juga turut menyeru seluruh para pemimpin kampung.badan-badan NGO,para ibubapa terus bersama-sama kerajaan untuk membasmi dadah sampai keperingkat akar umbi. "Tanpa sokongan dan kerjasama dari seluruh masyarakat,kerajaan tidak akan berjaya memerangi dadah"kata beliau lagi.

YB Haji Khazan bersama para VIP sebelum majlis dimulakan.

YB Haji Khazan juga turut mengucapkan terimakasih kepada Pegawai Daerah Kuala Terengganu Haji Nawawi kerana sudi memanggil beliau untuk merasmikan mesyuarat agung pada kali ini.Terima kasih juga turut diberikan kepada para pengerusi JKKK Dun Batu Rakit yang sudi hadir memberikan sokongan pada progaram PEMADAM. Kepada para pelajar,ibubapa yang hadir dan juga APMT Dun yang turut bersama-sama hadir memberi sokongan.

Mereka yang hadir untuk mesyuarat agung mendaftar dikaunter pendaftaran.

Pegawai dari Jabatan Narkotik menerangkan pelbagai bahaya dadah kepada pengunjung.

Pelbagai jenis dadah dipamerkan untuk pengetahuan para pengunjung.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment