Thursday, April 21, 2011

Anugerah Kecermelangan Pelajar 2011..Bukit Nenasi.

Ibu kepada pelajar cemerlang menerima sijil perhargaan daripada YB Haji Khazan Che Mat.

BATU RAKIT (BUKIT NENASI) 21hb April 2011- Demi menghargai kecemerlangan pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang baik didalam peperiksaan SPM,PMR dan UPSR, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Nenasi telah mengadakan satu Majlis Anugerah Kecermelangan Pelajar 2011 bagi menyampaikan sijil perhargaan untuk mereka. Majlis yang dihadiri hampir 200 orang para penduduk Kampung Bukit Nenasi telah diadakan di Balairaya kampung berkenaan. Seramai 4 orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, tiga orang untuk PMR dan seorang pelajar dalam UPSR.

Baucer Bantuan Pakaian Sekolah turut diserahkan oleh YB Haji Khazan kepada penerima.

Dalam ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengerusi JKKK Bukit Nenasi Deraman bin Mohamad,beliau melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana JKKK Bukit Nenasi dapat mengadakan majlis anugerah ini. Beliau juga berbangga dengan sokongan yang diberikan oleh para penduduk yang hadir pada majlis anugerah ini. "Ini akan dapat mengeratkan lagi sikap kerjasama dan ramah mesra antara JKKK dan para penduduk kampung"kata beliau. Beliau juga berharap agar anak-anak yang mendapat anugerah ini akan terus berjaya didalam pendidikan sehingga ke menara gading.Dan kejayaan anak-anak ini juga merupakan harta yang paling bernilai bagi ibubapa. Beliau mengharapkan agar ibubapa sentiasa memainkan peranan yang baik demi kejayaan anak-anak mereka yang akan menjadi pemimpin dimasa hadapan.

YB Haji Khazan (berdiri) menyampaikan ucapan perhargaan.

Beliau juga menguncapkan jutaan terima kasih kepada YB Haji Khazan kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama para penduduk pada majlis ini. "Sikap dan keperihatian seorang wakil rakyat pasti akan mendapat sokongan yang padu dalam pilihanraya nanti"ujar beliau lagi. Diakhir ucapan beliau,beliau memohon agar seluruh para penduduk Kampung Bukit Nenasi memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada YB Haji Khazan pada pilihanraya nanti.

Sebahagian para penduduk yang hadir meramaikan majlis dan juga untuk menerima baucer bantuan pakaian sekolah.

Sementara itu dalam ucapan perhargaan YB Haji Khazan pula,beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada JKKK Bukit Nenasi kerana berjaya mengadakan perjumpaan dengan para penduduk kampung. Tahniah juga diberikan lagi kepada seluruh penduduk Bukit Nenasi kerana berjaya juga mendapat hadiah saguhati dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu.Beliau berharap agar tahap kebersihan dikampung Bukit Nenasi dapat dipertingkatkan demi menaikkan kembali penjagaan kebersihan disetiap kampung didalam Dun Batu Rakit.

Timbalan Pengerusi JKKK Bukit Nenasi Deraman Mohamad (berdiri) menyampaikan ucapan alu-aluan.

YB Haji Khazan juga turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada JKKK kerana menghargai kejayaan yang telah dilakarkan para pelajar Bukit Nenasi."Ini merupakan satu perhargaan yang tidak terhingga bagi sesetengah pelajar yang sentiasa bersaing untuk berjaya"kata beliau lagi.Menurut beliau lagi,kerajaan juga sentiasa membelanjakan berbilion ringgit tiap-tiap tahun demi memberikan pendidikan yang terbaik untuk para pelajar."Tiada negara didalam dunia ini yang mengutamakan pendidikan sebagai keperluan yang amat penting untuk rakyat mereka"kata beliau. Keperihatianan kerajaan terhadap pendidikan merupakan salah satu cara untuk melahirkan masyarakat yang lebih berdaya saing dimasa akan datang.

Kaum ibu yang datang untuk bersama-sama menjayakan majlis anugerah kecemerlangan pelajar.

Beliau juga mengharapkan ibubapa sentiasa memantau pelajaran anak mereka dirumah. Persaingan dalam pelajaran kini merupakan satu aspek yang sihat untuk para pelajar terus cemerlang dan pasti akan lebih ramai melahirkan para pemimpin yang baik dimasa hadapan untuk negara dan juga bangsa. Beliau turut berharap agar lebih ramai lagi para pelajar yang cenerlang mendapat kepujian kelas pertama.Sikap ibubapa yang sentiasa cakna terhadap pelajaran anak-anak mereka pasti akan menjadikan anaka-anak mereka lebih berjaya nanti. Majlis yang bermula jam 9.00 malam ini turut juga diadakan pengagihan baucer bantuan pakaian sekolah yang akan diambil duitnya pada 24 April nanti.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment