Friday, October 1, 2010

213 ORANG TERIMA SUMBANGAN RAYA..

Image023
TERIMA SUMBANGAN - Pelajar OKU menerima sumbangan di atas pentas
BATU RAKIT, 1 Oktober - Seramai 213 orang kanak-kanak di DUN Batu Rakit telah dapat sumbangan duit raya pada majlis Jamuan Raya sempena program Juara Rakyat Parlimen Setiu, peringkat DUN Batu Rakit hari ini. Mereka terdiri 50 orang kanak-kanak yang belajar di PDK Batu Rakit dan 163 orang anak-anak yatim kematian bapa dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Rakit.

Image003
Dato' Hj Mohd Jidin Shafee sedang menghulur sumbangan kepada anak yatim
Majlis penyampaian sumbangan tersebut, telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee. Turut hadir pagi tadi ialah Dato’ Haji Abd Rahman bin Yasin, Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Image004
Dato' Ahli Parlimen Setiu (baju kuning) ditemani Dato' Hj Abd Rahman Yasin (baju biru)
Selepas majlis perasmian, kanak-kanak tersebut bersama pengiring mereka termasuk ibu bapa telah diraikan dengan juadah jamuan raya di bawah kelolaan 30 JKKK dalam DUN Batu Rakit.
Image002

No comments:

Post a Comment