Tuesday, October 12, 2010

Lawatan ke rumah bakal jemaah haji.

Puan Hajjah Nik Aini (kiri sekali) menyampaikan sumbangan kepada Puan Shakinah.


BATU RAKIT-12HB OKTOBER 2010 Bagi menghargai pemergian jemaah haji pada musim ini isteri kepada Adun Batu Rakit iaitu Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh tidak ketinggalan bersama-sama mengadakan lawatan dan memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.

Puan Hajjah Nik Aini (kiri) bersalaman dengan Puan Shakinah.

Jemaah haji yang dikunjungi oleh Puan Hajjah ialah Puan Shakinah binti Zakaria iaitu ibu kepada Pengerusi JKKK Kampung Pagar Besi Encik Dol Zakaria.Lawatan ini juga turut disertai oleh anggota APMT Dun Batu Rakit.

Ketua APMT Dun Batu Rakit Hajjah Wan Maznah bersama dengan Puan Hajjah Nik Aini.

Puan Shakinah binti Zakaria..jemaah yang akan menunaikan fardu haji tahun ini.



Cerita dan gambar:APMT DUN BATU RAKIT.

OLEH:MAZLAN MUSTAFA.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment