JUADAH - masing-masing cuba dapatkan juadah kesukaan mereka |
BATU RAKIT, 1 Oktober – Seramai 6,000 orang telah membanjiri Dataran Bestari Padang Polis dekat sini sempena Program Juara Rakyat Parlimen Setiu peringkat Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit pagi tadi.
Sebelum itu Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Haji Abd Rahman bin Yasin telah melahirkan kesyukuran dan mengucap selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua pengunjung.
Ramai anggota Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) dalam parlimen Setiu turut hadir. Mereka termasuk Pegawai Penyelia Parlimen Setiu, Haji Ismai bin Saamah, Ketua Penyelia DUN Langkap, Dato’ Haji Mamat Ghazalee bin Abd Rahman, Ketua Penyelia DUN Permaisuri, Penyelia APMT DUN Jabi bersama Pembantu Penyelia masing-masing selain Ketua Penyelia DUN Batu Rakit dan anggota-anggota lain sebagai petugas khas.
Selain itu, anggota Polis Di Raja Malaysia, RELA, Jabatan Pertanian, Pengetua, Guru Besar bersama tenaga pendidikan dan berberapa agensi lain turut hadir termasuk ahli-ahli parti di setiap peringkat termasuk pemuda, wanita dan puteri.
No comments:
Post a Comment