Friday, September 24, 2010

Majlis rumah terbuka hari raya APMT DUN Batu Rakit.

Penulis (berbaju melayu kuning) bersama dengan Ketua Penyelia (berbaju batik) beraya bersama


BATU RAKIT-23hb Sept 2010 Seramai 150 orang telah menjayakan rumah terbuka hari raya yang dianjurkan oleh APMT DUN Batu Rakit.Pelbagai agensi dan pertubuhan seperti JKKK,anggota polis,Ketua Cawangan,Pemuda,Puteri dan penduduk setempat telah bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Isteri YB Dun Batu Rakit Puan Nik Aini Nik Soh bermesra dengan para tetamu yang datang.

Turut hadir sama bagi memeriahkan majlis ini isteri YB Adun Batu Rakit Puan Nik Aini Nik Soh dan anak-anak.Juga tidak ketinggalan Pegawai Khas Adun Batu Rakit Encik Kamaruddin Mohammad.
Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan anggota APMT bersama-sama memasak dan menyiapkan peralatan untuk majlis tersebut.

Setiausaha Penyelaras Pemuda DUN Encik Nazri Mamat (berbaju biru-2 dari kanan) sedang menjamu selera.

Antara juadah-juadah yang disediakan pada majlis ini ialah nasi minyak,sate,tapai,ketupat palas,satar,puding,rendang dan sedikit kuih kering.
Acara majlis ini bermula jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang. Setiap anggota APMT dimestikan membawa kaum keluarga masin-masing untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya ini.

Pegawai Khas Dun Batu Rakit (kanan) bersama dengan Pengerusi JKKK Tanjung Batu Rakit.

Menurut Hajjah Wan Maznah selaku Ketua Penyelia APMT Dun Batu Rakit, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk bersama-sama memeriahkan hari raya yang belum sampai ke penhujungnya lagi disamping itu juga mengeratkan lagi kerjasama antara semua agensi pentadbiran dalam peti undi.
Tujuan majlis ini juga adalah mengeratkan silaturahim antara keluarga-keluarga anggota APMT sendiri.

Penolong Setiausaha UMNO Bahagian Setiu (dua dari kanan) Encik Bazalan Abdul Rahman sedang menikmati juadah.


Sebahgian tetamu yang datang sedang mengambil juadah.


Entah apa yang dibualkan itu menyebabkan Penyelia APMT Mohamad Abdullah menepuk kepala.


Anggota polis Balai Polis Batu Rakit rancak berbual dengan Pengerusi-pengerusi JKKK sambil diperhatikan oleh Ketua Penyelia APMT (Kak Wan)


Antara juadah-juadah yang disediakan untuk para tetamu.



Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA.


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment