Monday, October 11, 2010

Pertandingan Futsal Tertutup Dun Batu Rakit.

Pegawai khas adun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad (berbaju belang) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

BATU RAKIT-Pergerakan Penyelarasan Pemuda DUN Batu Rakit yang diketuai oleh saudara Azhar Mohd Noor telah mengadakan satu Kejohan Futsal Piala Menteri Besar Terengganu Tertutup DUN Batu Rakit pada 8 dan 9hb Oktober 2010 baru-baru ini.
Sebanyak 29 pasukan dalam Dun Batu Rakit telah bersama-sama menyertai kejohanan ini yang diadakan di Gelanggang Futsal Wakaf Chagak

Perlawanan yang sedang berlansung.

Menurut Encik Azahar,tujuan diadakan pertandinagan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara para pemuda dalam Dun Batu Rakit.Disamping itu juga untuk menambahkan lagi kekuatan pergerakan pemuda bagi menghadapi pilihanraya nanti.
Beliau juga turut menekankan betapa sukan ini dapat juga memberikan satu perpaduan yang baik dalam menjalinkan matlamat ukhwah antara para pemuda.Beliau juga berharap aktiviti-aktiviti yang seumpama ini akan terus berjalan dan sentiasa dianjurkan oleh semua pergerakan pemuda-pemuda cawangan.

Sebahagian penonton yang hadir menyaksikan pertandingan.

Pertandingan yang berlansung selama dua hari ini telah berjaya menarik seramai hampir seribu orang penonton untuk menyaksikannya.
Tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan dari Bukit Wan dengan hadiah wangtunai sebanyak RM500.00.Manakala tempat kedua pula pasukan dari Pengkalan Atap dengan wang tunai sebanyak RM300.00.Tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh pasukan Pecah Rotan dan Bukit Cempaka.Masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM250.00 dan RM200.00.

Para pemain diberi penerangan sebelum perlawanan berlangsung.

Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Pegawai Khas Adun Batu Rakit Encik Kamarudin Mohamad selaku wakil kepada Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat yang tidak dapat menghadirkan diri.
Turut hadir sama memeriahkan pertandingan ini ialah pegawai dari Pejabat Daerah iaitu Encik Yusrizal.
Pertandingan yang diuruskan sepenuhnya oleh Penyelaras Pemuda Dun ini telah berjalan dengan sempurna.


Para pengurus pasukan mendengar penerangan dari pihak urusetia.


cerita dan gambar: BADRI ALI

OLEH:MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment