Thursday, October 14, 2010

Majlis Ramah Mesra YB Haji Khazan Che Mat dan isteri bersama bakal-bakal jemaah haji DUN Batu Rakit.

Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan sedang menyampaikan pesanan pada para jemaah.

BATU RAKIT-14hb Oktober 2010 Seramai 30 orang bakal tetamu Allah dari DUN Batu Rakit yang akan menunaikan fardu haji di Mekah telah diraikan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan Che Mat dan isteri dalam satu majlis di Restoran Seri Wangsa Seafood Garden Gong Badak pada jam 9.00 malam tadi.

Para jemaah sedang mendengar pesanan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan.

Majlis yang bermula dengan makan malam ini juga telah dihadiri oleh Ketua Balai Polis Batu Rakit,Ketua APMT Dun Batu Rakit Hajjah Wan Maznah dan anggota APMT,Encik Zakaria Abdul Rahman selaku jawatankuasa UMNO Bahagian Setiu dan Ustaz Haji Kamarudin Mohamad selaku pegawai khas Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Batu Rakit.

Bakal -bakal haji berehat selepas menjamu selera.

Dalam majlis ini juga Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan dan isteri Puan Nik Aini turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada semua para jemaah sebagai tanda cenderahati dari Pejabat DUN Batu Rakit.Bagi jemaah lelaki sehelai kain pelikat telah diberi,manakala bagi jemaah wanita pula ialah sepasang baju sembahyang.Sedikit sumbangan wang tunai juga telah dihulurkan sebagai perbelanjaan para jemaah ketika berada ditanah suci nanti.

YB Ustaz menyampaikan cenderahati kepada Encik Harun bakal jemaah haji dari Bukit Wan.


Puan Hajjah Nik Aini Nik Soh menyampaikan sumbangan kepada bakal haji.

Dalam ucapan pesanan Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan kepada para jemaah,beliau menyeru agar para jemaah sentiasa banyakkan amal ibadat apabila sampai di tanah suci nanti.Beliau juga meminta agar para jemaah sentiasa bersikap terbuka dan menjaga segala perbuatan dan pertuturan ketika berada dirumah Allah nanti.Ini kerana banyak perkara yang tidak dijangka akan berlaku andai kita terlalu banyak kerenah semasa mengejakan ibadat haji nanti..Sesungguhnya disitu adalah tempat yang paling suci bagi seluruh umat islam dimuka bumi ini..tambahnya lagi.

YB Khazan sedang menjamu selera bersama-sama para bakal haji.

Beliau juga menyarankan agar para jemaah sentiasa memperbanyakkan sembahyang berjemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.Sesungguhnya kedua-dua masjid itu merupakan tempat ibadat yang amat diutamakan didalam Al-Quran.Dan inilah masa yang terbaik bagi para jemaah untuk bersama-sama mendapat menafaat yang amat tinggi disisi Allah.

Pegawai Pejabat DUN Batu Rakit Ustaz Kamarudin Mohamad (berjubah putih) turut bersama menjamu selera.


Hajjah Nik Aini (tengah) dan Hajjah Wan Maznah (kanan) turut sama menikmati hidagan makan malam.

Diakhir ucapan YB Ustaz Haji Khazan Che Mat,beliau mendoakan agar semua para bakal haji yang hadir pada majlis ini akan selamat menunaikan ibadat haji tanpa sebarang halangan dan semoga mendapat haji yang mabrur.Beliau juga berpesan agar para jemaah nanti tidak lupa mendoakan untuk para sahabat,ahli keluarga dan seluruh rakyat Malaysia agar negara ini sentiasa aman dan damai.

Para bakal jemaah haji mengambil tempat untuk bersama-sama menikmati hidangan makan malam.


Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment