Friday, October 29, 2010

Majlis Khuliah Maghrib Perdana Dun Batu Rakit.

YB Ustaz Haji Khazan (dua dari kiri) dan Al-Shiekh Ahmad Isa (tiga dari kiri) bergambar bersama urusetia majlis.

BATU RAKIT-29hb Oktober 2010 Seramai 500 orang lebih telah menghadiri Majlis Khuliah Maghrib Perdana Dun Batu Rakit yang telah diadakan di Masjid Bukit Wan. Majlis selama dua jam setengah yang bermula pukul 7.00 malam selesai pada pukul 9.30 malam.
Penceramah undangan yang hadir pada majlis ini ialah Al-Shiekh Ahmad Isa al-Ma'sorowy iaitu tokoh ulama dari Negara Mesir.

YB Haji Khazan Che Mat (kiri) menyerahkan cenderahati kenangan kepada Al-Shiekh Ahmad (tengah)

Program yang dibawa oleh Pejabat Exco Agama dan Penerangan Negeri Terengganu ini juga telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit, JKKK Kampung Bukit Wan,Jawatankuasa Masjid Kmpung Bukit Wan dan juga APMT Batu Rakit.

Al-Shiekh Ahmad (kiri) sedang menyampaikan kuliah bersama dengan penterjemaah.

Majlis ini bermula dengan sembahyang maghrib berjemaah yang diimankan oleh Al-Shiekh Ahmad.Selepas itu kuliah agama bermula dengan penjelasan betapa Al-Quran amat penting untuk umat islam sebagai panduan hidup yang sempurna.Al-Sheikh Ahmad juga menekankan betapa perpaduan umat islam kini semakin rapuh dan mudah diperkotak-katikkan oleh golongan-golongan yang mahu melihat kehancuran islam dimuka bumi ini.Beliau juga menyeru agar umat islam terus bersatu padu demi ke kekuatan islam kembali dipandang mulia oleh masyarakat dunia.Ceramah yang Al-Sheikh sampaikan telah diterjemahkan oleh penterjemah yang didatangkan dari Yayasan Terengganu.

YB Haji Khazan (berbaju gelap) bersama para jemaah khusyuk mendengar kuliah yang disampaikan.

Kuliah selama satu jam ini juga turut menarik minat pelajar-pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu.Para penduduk setempat dan kawasan sekitar juga tidak mahu ketinggal bersama mendengar kuliah ini.

Selesai khuliah YB Haji Khazan (kiri) bersama-sama Al-Shiekh Ahmad menikmati jamuan makan malam.

Turut bersama menghadiri khuliah agama ini ialah anggota-anggota APMT Dun Batu Rakit,Penyelaras Pergerakan Pemuda DUN dan jawatankuasanya,Ketua Balai Polis Batu Rakit dan anggotanya,Pengerusi-pengerusi JKKK dalam Dun Batu Rakit,Timbalan Setiausaha UMNO Bahagian Setiu,Setiusaha Pergerakan Pemuda UMNO Setiu,Pensyarah-pensyarah dari Universiti Sultan Zainal Abidin dan pemimpin-peminpin Umno Cawangan DUN Batu Rakit.

Para pemimpin setempat turut bersama menikmati jamuan makan malam.

Sebahgian jemaah yang hadir untuk mendengar khuliah yang disampaikan oleh Al-Shiekh Ahmad.

Sebahgian pelajar-pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin berbual dengan YB Haji Khazan.

Para jemaah tidak mahu ketinggalan bersalaman dengan Al-Shiekh Ahmad al-Ma'sorowy.




Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment