Friday, October 1, 2010

30 JKKK BERGABUNG TENAGA UNTUK JUARA RAKYAT ….

Image018 Image024
BATU RAKIT, 1 Oktober – Sebanyak 30 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Batu Rakit telah sepakat bergabung tenaga menyediakan juadah untuk jamuan raya sempena Program Juara Rakyat Parlimen Setiu, Peringkat DUN Batu Rakit hari ini.

Image013
BATEK KUNING - Ajk JKKK Wakaf Chagak sedang melayan tetamu
Pengerusi Pengelola program tersebut, Encik Bazlan bin Abd Rahman memberitahu satu jawatankuasa khas telah dibentuk di bawah Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato’ Haji Abd Rahman bin Yasin.
Image009
JAMU HIDANGAN - Dato' Hj Mohd Jidin Shafee sedang berbual sesuatu
Setiap JKKK telah memilih sesama mereka berdasarkan satu kampung satu jenis juadah makanan. Sebagai contoh, ketupat (JKKK Pechah Rotan), lemang (JKKK Bukit Chempaka), rendang (JKKK Gong Lingai), nasi minyak (JKKK Wakaf Chagak), pulut panggang (JKKK Pantai Batu Rakit).
Image007
TETAMU - masing-masing seronok dengan jamuan yang dihidangkan
Gugusan Peti Undi Padang Kemunting (4 JKKK) sepakat menyediakan tapai pulut, roti canai bersama teh tarik (JKKK RAKR Mengabang Lekor), agar-agar (JKKK Lingai), mee kari (JKKK Maras), buah-buahan (JKKK Darat Batu Rakit)  dan lain-lain hidangan seperti aiskrim, mee goreng, keropok, laksa, air sirap.
Image021
SIBUK - tetamu sibuk memilih juadah makanan
Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee melahirkan rasa bangga di atas kesepakatan kaum kerabat JKKK dalam DUN Batu Rakit kerana dapat bersama-sama membantu kejayaan program Juara Rakyat Parlimen Setiu sekaligus Jamuan Raya kali ini.  

No comments:

Post a Comment