Sunday, October 17, 2010

20 ORANG MELAKAR SEJARAH KENANGAN

007
SILAT - MB dipersembahkan dengan pencak silat

Oleh – Mohamad bin Abdullah
BANDAR PERMAISURI, 17 Oktober – Seramai 20 orang veteran dalam parlimen Setiu telah diberi pengiktirafan di atas jasa pengorbanan mereka bergiat aktif dalam UMNO selama ini. Mereka telah dipilih oleh jawatankuasa khas di bawah Majlis Veteran UMNO Bahagian Setiu. Bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri telah ditetapkan seramai 5 orang.

004
SAMBUT - Ajk Majlis Veteran UMNO Setiu berjabat salam dengan MB
Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Setiu Bersama Pemimpin Tahun 2010 telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ibrahim dekat sini, hari ini. Majlis ini adalah pilot projek Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) dengan kerjasama Majlis Veteran UMNO Negeri Terengganu yang akan diikuti ketujuh-tujuh bahagian di negeri ini.
006
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said telah berkenan menyampaikan ucaptama sebelum penyerahan sumbangan kepada semua penerima. Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidiin bin Shafee selaku Ketua UMNO Bahagian Setiu turut berucap sebelum itu.
012
DIKENANG JASA - Puan Aishah Mustaffa (kiri) bersama Puan Hajjah Zabidah Yunus
Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiu, Puan Hajjah Zabidah binti Yunus melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kepimpinan kerana dipilih bersama rakan-rakan lain sebagai satu sejarah dalam hidupnya. Beliau telah berkecimpun selama 18 tahun sebagai pemimpin wanita bermula di Bahagian Hulu Nerus dan pernah telah dilantik memegang jawatan dalam agensi Unit Perpaduan Ummah.
Manakala bagi Puan Aishah binti Mustapha, bekas Ahlijwatankuasa  Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiu amat terharu diatas pengiktirafan kepada pengorbanannya selama ini.
002
DAFTAR - En. Harun Mohd, Ketua Caw. Pantai Batu Rakit sedang mendaftar
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Perikanan Negeri, Tuan Haji Assa’ari bin Idris yang juga ADUN Langkap turut hadir sama. Di samping itu, ADUN Permaisuri, Encik Halim bin Jusoh dan ADUN Jabi, Haji Ramlan bin Ali serta ketua-ketua jabatan di daerah Setiu hadir pada majlis tersebut.
Selain itu, Pengerusi Majlis Veteran UMNO negeri, Tuan Haji Yahya bin Hashim hadir sama bersama ajk. Beliau amat puashati dengan kehadiran veteran. Setiap cawangan telah di bawa oleh ketuanya seramai 4 orang veteran dan telah diberi cenderahati semasa pendaftaran, ulas Tuan Haji Yusof bin Mohd Amin, pengerusi Majlis Veteran Setiu.

No comments:

Post a Comment