Sunday, October 10, 2010

GELONG GAJAH JUARA BOLASEPAK VETRAN

image
PIALA YB Dato Hj Mohd Jidin Shafee

oleh Mohamad bin Abdullah.
BATU RAKIT – 10 Oktober, Pasukan bolasepak JKKK Gelong Gajah telah menjadi juara bagi kejohanan Karnival Bolasepak Vetran 2010 yang diadakan di Padangbola Kg Wakaf Chagak dekat sini.
Image010
Kejohanan bagi kali ketiga telah diadakan pada 8 dan 9 Oktober 2010 secara liga  dengan penyertaan pasukan yang mewakili JKKK dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Rakit hasil sokongan padu Komuniti Bestari Wakaf Chagak sebagai pencetus dan penganjur pertama.
Image002
Sebanyak 11 pasukan telah menyertai kejohanan pada kali ini, terdiri JKKK Pantai Batu Rakit, JKKK Tanjong, JKKK RAK Mengabang Lekor, JKKK Padang Polis, JKKK Darat Batu Rakit, JKKK Pechah Rotan, JKKK Wakaf Chator, JKKK Gelong Gajah, JKKK Bukit Nenasi, JKKK Bukit Wan dan JKKK Lingai.
Image003
Juara selain tropi pusingan menerima wang tunai RM1,500.00. Manakala pasukan JKKK Wakaf Chator menerima RM1,000.00 dan Pasukan JKKK Padang Polis RM800.00 di tempat kedua dan ketiga.
Image005
Pasukan JKKK Pechah Rotan di tempat keempat telah menerima RM600.00 diikuti setiap pasukan RM200.00 sebagai hadiah saguhati.
Image009
Semua hadiah kejohanan termasuk piala pusingan adalah sumbangan Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin bin Shafee. Beliau turut hadir menyaksikan perlawanan akhir dan menyampaikan hadiah kali ini.
Image004
Sebelum itu, perlawanan tarik tali mewakili peti undi telah diadakan sebagai acara selingan. Pasukan Peti Undi Padang Kemunting telah dinobat sebagai juara selepas menewaskan pasukan Peti Undi Maras dan Peti Undi Batu Rakit di tempat kedua dan ketiga.

No comments:

Post a Comment