Friday, February 11, 2011

Pertandingan mengail ikan darat Kampung Bukit Chempaka.

YB Haji Khazan Che Mat (berbaju putih tidak bertopi) bergambar kenangan bersama pertugas,pemenang pertandingan dan juga pemenang cabutan bertuah.

BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 11hb Febuari 2011- Hampir 300 orang telah memeriahkan Pertandingan Mengail Ikan Darat yang dianjurkan oleh Pemuda Umno Cawangan Bukit Chempaka.Pertandingan yang bermula jam 3.00 petang ini telah berakhir jam 5.00 petang.

YB Haji Khazan (berbaju putih) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Menurut Encik Sazali Yusof selaku urusetia pertandingan ini,acara mengail ikan darat ini telah diadakan setiap tahun bagi menambah aktiviti pemuda kearah yang lebih berfaedah.Disamping itu juga ianya dapat memupuk semangat persaudaran dikalangan para penduduk Kampung Bukit Chempaka.

Sanggup berpayung dibawah panas terik untuk memeriahkan pertandingan.

Pertandingan yang menawarkan hadiah berupa peralatan elektrik ini juga turut menyediakan nama cabutan bertuah dan juga teka kacang.Setiap peserta yang ingin menyertai peraduan teka biji kacang hendaklah membeli tiket berharga RM1.00.

Peserta disepanjang parit yang dijadikan tempat pertandingan.

Hadiah-hadiah pemenang cabutan bertuah dan juga pertandingan mengail ini telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan Che Mat. Beliau berharap agar acara seumpama ini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa demi perpaduan dan kemeriahan sesebuah kampung.Aktiviti seperti ini akan terus mengeratkan lagi kerjasama antara JKKK dan juga para penduduk.Turut hadir dalam pertandingan ini ialah saudara Ambak Ismail selaku Timbalan Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit.

Pengerusi JKKK Bukit Chempaka Encik Ghazali Yusof (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mengail.

Timbalan Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit Encik Ambak Ismail (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Ketua Pemuda Cawangan Bukit Chempaka Encik Sazali Yusof (berbaju biru) menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Kaum wanita juga turut hadir memeriahkan pertandingan.

Para peserta menunggu untuk majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

Para petugas sedang menimbang ikan untuk mencari pemenang.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment