Wednesday, February 9, 2011

Olahraga Sekolah Kebangsaan Batu Rakit kali ke 15 dan Sukantara

Para guru dan pelajar bersorak riang meraikan kejayaan mengadakan kejohanan sukan sekolah kali ke 15.

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 9hb Febuari 2011- Setelah bertanding selama tiga hari akhirnya Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Batu Rakit kali ke 15 telah diresmikan majlis penutupannya oleh wakil Adun Batu Rakit iaitu Encik Haniff Abdullah yang juga Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri.

Encik Haniff Abdullah menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan yang bermula pada 7hb ini telah menyediakan pelbagai acara padang untuk semua peringkat pelajar yang bermula dari pra sekolah sehingga tahun 6.Pada hari penutup kejohanan ini ianya juga turut menyajikan pertunjukkan tae kwn do dan juga sukaneka untuk para ibu bapa.Tidak ketinggalan acara jemputan untuk sekolah-sekolah disekitar Mukim Batu Rakit.

Pengerusi PIBG Haji Ab Manaf Mamat menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Dalam ucapan alu-aluan olrh guru besar Tuan Haji Mohd Jaaffar Cik Muda,beliau melahirkan rasa bangga atas komitmen yang diberikan oleh seluruh jawatankuasa kerja kejohanan yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk melihat kejohanan ini berjaya.Ucapan terimakasih juga dihulurkan kepada YB Haji Khazan Che Mat yang sentiasa memberikan sumbangan atas setiap program yang dilakukan oleh pihak sekolah.Beliau juga melahirkan rasa bangga atas kerjasama yang dihulurkan oleh masyarakat setempat,pihak JKKK,PIBG,Koperasi Nelayan dan seluruh warga yang terlibat dalam menjayakan kejohanan sukan kali ke 15 ini. "Tanpa sumbangan dan kerjasama dari mereka semua rasanya amat sukar untuk kita menjayakan kejohanan ini dengan lancar" kata beliau lagi.

Timbalan Pengerusi PIBG Encik Harun Mohamad menyampaikan hadiah kepada peserta yang menang.

Sementara itu dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Khazan Che Mat yang dibacakan teks ucapannya oleh Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri Encik Haniff Abdullah, beliau berkata bahawa aktiviti sukan merupakan sesuatu yang cukup penting kerana ianya dapat menjamin kecergasan minda dan kesihatan.Ianya juga dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan tali saliturahim dengan muhibah.Aspek-aspek ini akan dapat membantu kerajaan untuk membina sebuah negara yang membangunkan modal insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010..katanya lagi.

Wakil PPD Encik Halidan Awang (berbaju kelabu) menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi beliau kejohanan ini tidaklah semata-mata untuk mencari pemenang bagi sesuatu acara,tapi yang lebih penting adalah memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada pelajar dan atlet bahawa kejayaan itu hanya dapat dicapai melalui usaha,ketekunan,perancangan dan pergobanan. "Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan.Kejohanan ini adalah landasan ke arah perpaduan,menjalinkan hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental,patriotik dan saling berkasih sayang" kata beliau lagi.

Bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan.

Beliau juga berharap dengan kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu benteng penghalang kepada para pelajar daripada terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat.Beliau juga berharap agar selain dari sukan,pihak sekolah juga akan turut mencapai kejayaan dalam bidang akedemik untuk menjadi salah sebuah sekolah yang terbilang dalam daerah dan merealisasikan visi dan misi menjelang tahun 2011.

Mencapai kemenangan diiringi sorakan kejayaan dari rakan sepasukan.

Pelajar Tahun 4 perempuan memulakan acara lari berganti-ganti.

Bergaya apabila mencecah garisan penamat dengan kemenangan.

Peserta lelaki memulakan larian dalam acara berganti-ganti.

Ketua peserta pertandingan membaca ikrar kejohanan.

Wakil YB Haji Khazan,Encik Haniff Abdullah selaku Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri menyampaikan teks ucapan majlis perasmian.

Guru Besar Sek.Keb.Batu Rakit Tuan Haji Mohd Jaafar bin Che Muda menyampaikan ucapan alu-aluan.

Kontinjen rumah merah berarak memasuki padang.

Duduk dari kiri ke kanan: Timbalan Pengerusi PIBG Encik Harun Mohamad,Guru Besar Tuan Haji Mohd Jaaffar Che Muda,Encik Haniff Abdullah Pegawai Khas Pejabat Agama dan Penerangan Negeri,Ketua Balai Polis Batu Rakit Encik Abdullah Yusof dan GPK Pentadbiran Encik Azih Mohd.

Wakil YB Haji Khazan Che Mat, Encik Haniff Abdullah (3 dari kiri) menerima tabik hormat dari pasukan yang bertanding bersama para jemputan VIP.

Perarakan kontinjen rumah biru kedalam padang.

Pertunjukan tae kwan do turut memeriahkan temasya sukan.

Para penonton yang hadir memberi sokongan kepada peserta.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment