Tuesday, February 22, 2011

Majlis agihan e-book dan bantuan pakaian sekolah JKM di Pulau Redang

Pelajar-pelajar yang mendapat e-Book dan bantuan pakaian sekolah bergambar kenangan bersama Encik Abdullah Ibrahim,Tuan Haji Suhaimi Zakaria dan guru-guru sekolah.


BATU RAKIT (PULAU REDANG) 22hb Febuari 2011- Seramai 35 orang pelajar tahun 5 telah mendapat e-book dan 25 orang murid-murid tahun 2 telah mendapat bantuan pakaian sekolah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada majlis penyampaian e-Book dan Bantuan Pakaian Sekolah JKM di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang hari ini. Program yang dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Setiu ini juga telah mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit.

Encik Abdullah Ibrahim (kanan) menerima cenderahati dari wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu Tuan Haji Suhaimi Zakaria.

e-Book diberikan kepada pelajar tahun 5 oleh Encik Abdullah Ibrahim.

Majlis yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang ini telah disempurnkan oleh wakil YB Haji Khazan Che Mat iaitu Encik Abdullah Ibrahim selaku Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Setiu yang juga merupakan anak jati Pulau Redang. Turut bersama hadir pada majlis ini ialah wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu Tuan Haji Suhaimi Zakaria,Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad,Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Wan Sulaiman Wan Muda,Penghulu Batu Rakit Wakaf Chagak Encik Mohd Zamari Abu Zih dan juga APMT Dun Batu Rakit.

Encik Abdullah Ibrahim menyampaikan bantuan beg sekolah kepada pelajar.

Dalam ucapan yang disampaikan Encik Abdullah Ibrahim,beliau berharap akan lebih ramai lagi para pelajar yang cemerlang akan dilahirkan oleh Sekolah Kebangsaan Pulau Redang nanti. "Kejayaan yang pernah dilahirkan oleh pihak sekolah pada masa lalu haruslah dipertingkatkan oleh para pelajar yang ada sekarang agar nama Sekolah Kebangsaan Pulau Redang setanding dengan sekolah-sekolah yang ada didalam Dun Batu Rakit" katanya.Ini kerana menurutnya lagi,pelbagai kemudahan telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk menjamin kejayaan para pelajar.Walaupun berada disebuah pulau,ianya bukanlah alasan untuk kerajaan tidak menunaikan segala janji yang telah diberikan.

Pelajar-pelajar yang hadir untuk menerima e-book dan bantuan pakaian sekolah.

Dengan pelbagai kemudahan dan bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan,beliau berharap ianya akan menjadi sebagai salah satu pemangkin untuk para pelajar terus berjaya. Beliau juga berharap agar para ibubapa akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi demi kejayaan anak-anak mereka didalam bidang pelajaran.

Para guru dan polis yang turut hadir dalam program ini.

Sempena dengan majlis ini juga pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit telah menagihkan cek dana raya (rayaun 2010) kepada para penduduk setempat.Seramai 11 orang dikalangan para penduduk Pulau Redang telah berjaya mendapatkan kembali wang ehsan yang diagihkan pada tahun 2010. Menurut Haji Kamarudin Mohamad selaku Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit,kesempatan datang pada program penyampaian e-Book ini telah berjaya menyelesaikan segala perkara-perkara yang berkaitan dengan penduduk di Pulau Redang.

Dari kiri ke kanan: Wakil YB Haji Khazan Encik Abdullah Ibrahim,wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu Tuan Haji Suhaimi Zakaria dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.

Encik Abdullah Ibrahim menyampaikan ucapan selaku wakil YB Haji Khazan Che Mat.



Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment