Tuesday, February 8, 2011

Agihan Dana Raya (rayuan 2010)

Penerima dana sedang menyemak nama masing-masing.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 8hb Febuari 2011- Bertempat di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras,seramai 243 orang telah menerima dana raya yang telah dilakukan oleh YB Haji Khazan Che Mat. Majlis ini telah diadakan jam 3.00 hingga 5.00 petang.

Petugas APMT Dun Batu Rakit (duduk) menyemak nama-nama penerima dana.

Para penerima dana ini adalah mereka yang telah membuat rayuan apabila nama mereka telah ditolak oleh Pejabat Daerah sebagai penerima dana raya pada tahun 2010. Antara sebab mengapa nama mereka tiada pada tahun lepas kerana tidak berdaftar sebagai pengundi. Dengan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri pada tahun lepas,setiap penerima dana atau subsidi dari kerajaan hendaklah perlu mendaftar sebagai pemilih.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan.

Majlis yang berlangsung selama 2 jam ini telah dimulakan dengan ucapan dari YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit dan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri. Dalam ucapan yang berikan,beliau menerangkan bahawa kerajaan negeri tidak pernah menyisihkan walau seorang pun penerima dana raya.Setiap dari mereka perlulah mengikuti apa jua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Beliau juga berharap agar semua para penerima dana raya akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan negeri. YB Haji Khazan juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini. "Tanpa sokongan yang baik,kita tidak mungkin dapat melincinkan perjalanan majlis ini" katanya lagi.

Dari kiri ke kanan: Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Wan Sulaiman Wan Muda, YB Haji Khazan Che Mat dan Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak Mohd Zamari Abu Zih.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Penghulu Kanan Daerah Kuala Terengganu Wan Sulaiman Wan Muda,Penghulu Mukim Batu Rakit Wakaf Chagak Mohd Zamari Abu Zih,Pengerusi-pengerusi JKKK Dun dan juga anggota-anggota APMT Dun yang bertindak sebagai urusetia pembahagi cek dana.

Penerima-penerima dana sedang mendengar ucapan YB Haji Khazan.

Pengerusi-pengerusi JKKK yang turut hadir untuk melicinkan perjalanan pembahagian cek dana raya.

Kaum wanita juga turut hadir untuk menerima dana bantuan raya.

Sebahagian APMT Dun Batu Rakit yang hadir untuk bertugas.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment