Friday, February 25, 2011

Majlis Bacaan Yassin APMT Dun Batu Rakit (program bulanan APMT) 2011

Puan Hajah Nik Aini (duduk berbaju biru) bergambar bersama-sama para penduduk dan Ketua-ketua Wanita Cawangan yang hadir.

BATU RAKIT (R.A.K.R MENGABANG LEKOR) 25hb Febuari 2011- Selepas program gotong-royong diPeti Undi Batu Rakit,APMT Dun Batu Rakit meneruskan program bulananya dengan mengadakan Majlis Bacaan Yassin di Surau Rumah Awan Kos Rendah (R.A.K.R.) Mengabang Lekor. R.A.K.R Mengabang Lekor terletak dalam peti undi Mengabang Lekor Batu Rakit.

Khusyuk membaca surah yassin.

Program yang telah mendapat sambutan dari para penduduk R.A.K.R Mengabang Lekor dan juga sebahgian Ketua Wanita UMNO Cawangan dalam Dun Batu Rakit telah bermula jam 3.30 petang. Program yang bermatlamatkan merapatkan APMT Dun Batu Rakit dengan masyarakat sekitar ini telah disertai seramai 60 orang wanita dan juga disertai oleh isteri YB Adun Batu Rakit iaitu Puan Nik Aini binti Nik Soh.

Puan Hajah Nik Aini (berbaju biru) turut sama hadir dalam majlis bacaan yassin.

Dalam ucapan yang selepas majlis bacaan yassin,beliau berharap agar majlis seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa demi mengeratkan perpaduan yang telah terjalin dikalangan wanita-wanita didalam peti undi. Beliau juga amat berterimakasih kepada semua yang hadir kerana sentiasa memberikan sokongan terhadap segala majlis yang bercorak keagamaan.Beliau juga berjanji akan sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap program-program yang dilakukan baik oleh APMT mahupun Pergerakan Wanita Umno Cawangan.

Kaum wanita yang hadir memeriahkan bacaan yassin di Surau RAKR Mengabang Lekor.

Sementara itu menurut Penyelia APMT Dun Batu Rakit Encik Azahar Jusoh,beliau berharap agar segala perancangan yang telah ditetapkan oleh APMT dapat dilaksanakan dengan tersusun dan perancangan yang rapi. "Pemantauan dari masa kesemasa terhadap segala kekurangan yang berlaku didalam program hendaklah dibaiki dan perlu diberikan pemerhatian yang wajar" katanya. Harapan untuk melihat APMT sentiasa mendampingi masyarakat sekeliling adalah merupakan salah satu perkara utama dalam setiap program yang dijalankan.

Pembantu-pembantu APMT Dun Batu Rakit (berbaju hitam dan bertudung merah) khusuk membaca surah yassin.

Beliau juga berharap agar masyarakat juga sentiasa memberikan pandangan yang positif terhadap apa juga program yang dilakukan oleh APMT."Tanpa sokongan dari semua pihak,kita tidak akan berjaya dalam menjayakan visi dan misi yang telah diserapkan oleh APMT Negeri" ujar belaiu lagi.





Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment