Tuesday, February 22, 2011

Agihan Bantuan Pakaian Sekolah Menengah dan Rendah Dun Batu Rakit 2011

Para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit dan ibubapa yang hadir untuk menerima bantuan untuk anak-anak mereka.

BATU RAKIT (WAKAF CHATUR) 21hb Febuari 2011- Untuk menjadikan pelajaran sebagai salah satu perkara yang perlu di titik beratkan oleh ibubapa dan tiada alasan untuk ibubapa tidak memberikan pelajaran kepada anak-anak mereka, kerajaan melalui pelbagai agensi telah menghulurkan bantuan untuk meringankan beban ibubapa kearah itu.

Para ibu juga tidak ketinggalan hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

Bertempat di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras,seramai 108 orang pelajar sekolah menengah dan 58 orang pelajar sekolah rendah telah dipilih untuk menerima bantuan pakaian dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu dan Daerah Setiu. Majlis yang telah disempurnakan oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.


Ibu pelajar menerima beg sekolah dari YB Haji Khazan.

Dalam ucapan perasmian,beliau banyak mengajak para pelajar agar sentiasa bersyukur dengan pemberian yang telah diberikan oleh pelbagai pihak daripada agensi-agensi kerajaan."Ini menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap rakyat yang miskin dan sentiasa akan memberi bantuan" katanya. Pelajaran merupakan aspek yang paling utama dan sentiasa menjadi penyumbang terbanyak kerajaan terhadap rakyat. Ini bertetapan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai para pemimpin yang berilmu dimasa hadapan,kata beliau lagi.

YB Haji Khazan menyampaikan ucapan perasmian.

Beliau juga mengajak para ibubapa supaya sentiasa menyokong usaha-usaha kerajaan demi kebaikkan untuk anak-anak mereka dalam bidang pelajaran. "Kesungguhan yang ditunjukkan kerajaan sewajarnya mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari pihak ibubapa"..kata nya. Beliau juga banyak membezakan suasana di Malaysia dengan luar negeri dimana tiada subsidi yang dilakukan oleh negara-negara lain untuk rakyat mereka didalam bidang pelajaran. " Ini menunjukkan bahawa kerajaan bukan bercakap kosong untuk melihat rakyatnya berjaya didalam menongkah arus mencari ilmu" tambah beliau lagi.

Dari kiri ke kanan: En. Zukifli Mat wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu, YB Haji Khazan,En. Zul Suzali Othman wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu dan Ketua Balai Polis Batu Rakit En.Abdullah.

YB Haji Khazan (berbaju batik) menyampaikan beg sekolah kepada bapa pelajar yang menerima bantuan.

Diakhir ucapan beliau,beliau berterimakasih kepada Jabatan kebajikan Masyarakat kerana sentiasa mengambil cakna terhadap golongan yang berpendapatan rendah. Beliau juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit yang sentiasa memberikan sokongan terhadap program-program yang dilakukan di dalam Dun Batu Rakit. Harapan beliau agar sokongan yang berterusan seperti ini akan dapat mengekalkan kerajaan yang sedia ada pada pilihanraya akan datang.
Turut sama hadir dalam program ini ilah wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu Encik Zul Suzali Othman, wakil Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu Encik Zukifli Mat dan juga Ketua Balai Polis Batu Rakit Encik Abdullah. Majlis yang bermula jam 3.00 petang telah berakhir jam 5.00 petang.
Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

1 comment:

  1. join the club nih....
    http://ictbaturakit.blogspot.com
    fb:kelab ict batu rakit.

    ReplyDelete