Wednesday, February 23, 2011

Ceramah Maulidur Rasul di Masjid Gelong Gajah.

Para jemaah wirid bersama selepas selesai solat isyak.

BATU RAKIT (GELONG GAJAH) 23hb Febuari- Sempena bulan Maulidur Rasul,Masjid Gelong Gajah tidak ketinggalan mengadakan ceramah Maulidur Rasul untuk mengingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Hampir 150 orang para jemaah dikalangan penduduk kampung Padang Kemunting,Gelong Gajah,Panchur Kuin dan Tanjung Kedepan telah memenuhi ruang masjid tersebut. Turut hadir sama mendengar ceramah ini ialah wakil Balai Polis Batu Rakit,Pengerusi-pengerusi JKKK setempat,Jawatankuasa Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun dan juga APMT Dun Batu Rakit.

Menjamu selera selepas selesai ceramah dan solat isyak.

Ceramah yang bermula selepas solat isyak telah disampaikan oleh bekas Timbalan Mufti Negeri Ustaz Abdul Halim Awang. Ustaz Abdul Halim telah menyampaikan ceramah yang bertajuk sifat-sifat mulia nabi Muhammad S.A.W. Dalam ceramah yang disampaikan oleh beliau,banyak sifat-sifat terpuji yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk dicontohi oleh umat baginda.Sifat-sifat terpuji jugalah yang melayakkan baginda digelar Al-Amin iaitu seorang yang amanah.

Para jemaah berselawat nabi bersama-sama.

Ustaz Abdul Halim juga menyeru agar para jemaah yang hadir agar sentiasa menjadikan sunnah nabi itu satu amalan yang baik setiap kali melakukan perkerjaan dalam kehidupan harian. "Dengan amalan yang baik pasti akan dibalas dengan sempurna oleh Allah yang maha agong" katanya lagi.Sikap dan perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. hendaklah sentiasa menjadi ikutan yang berpanjangan setiap masa dan ketika demi mencari keredhaan Illahi baik didunia mahu pun diakhirat.

Ustaz Abdul Halim Awang bekas Timbalan Mufti Terengganu menyampaikan ceramah.

Sementara itu dalam ucapan perhargaan oleh Pengerusi JKKK Padang Kemunting Haji Zakaria Abdul Rahman,beliau menyeru agar para jemaah yang hadir dapat mengambil ikhtibar diatas setiap baris ayat yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim. Sesungguhnya kebaikkan itu pasti akan datang dengan sendiri bila kita sentiasa mematuhi perintah-perintah Allah. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemaah yang hadir kerana berjaya menjadikan ceramah agama sebagai salah satu sokongan untuk program-program yang dianjurkan oleh JKKK. Diakhir majlis para jemaah telah bersama-sama berselawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Pengerusi JKKK Kampung Padang Kemunting Haji Zakaria Abd.Rahman yang bertindak selaku pengerusi majlis.





Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment