Friday, February 4, 2011

Pertandingan Futsal Pemuda Pantai Batu Rakit 2011.

Para pemain dan jawatankuasa penganjur bergambar bersama Haji Kamarudin (berdiri 7 dari kanan).

BATU RAKIT (PANTAI BATU RAKIT) 4hb Febuari 2011- Pemuda Pantai Batu Rakit telah menganjurkan satu Pertandingan Futsal 5 sebelah untuk mengeratkan lagi kerjasama dikalangan mereka. Pertandingan ini juga telah berjaya menghimpunkan searamai 30 orang pemuda dan membentuk 6 pasukan. Setiap pasukan mengandungi seramai 5 orang pemain.

Haji Kamarudin (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan yang berjaya menjuarai pertandingan futsal anjuran Pemuda Pantai Batu Rakit 2011.

Walaupun pertandingan ini tidak menawarkan hadiah yang lumayan,tetapi sambutan dikalangan para pemuda amatlah menggalakkan.Pertandingan yang diadakan secara liga satu pusingan ini telah bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 7.00 malam.

Ketua Pemuda Pantai Batu Rakit Yusaini Che Yusof (kanan) menyampaikan cenderahati kenangan kepada Haji Kamarudin Mohamad.

Majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamarudin Mohamad.Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana para pemuda Pantai Batu Rakit sentiasa ada program-program yang berfaedah untuk meningkatkan kerjasama antara mereka.Beliau juga berharap agar pemuda Pantai akan terus mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah demi mengelakkan gejala yang tidak sihat terus ada pada para pemuda.

Bergambar kenangan sebelum perlawanan akhir.

Sementara itu bagi Ketua Pemuda Pantai pula,beliau berharap agar pertandingan seperti ini akan sentiasa dapat diadakan demi kebaikan untuk para pemuda."Sokongan dari pihak-pihak yang terlibat amat diperlukan untuk bersama-sama mencegah gejala-gejala yang tidak sihat dari terus berluluasa dikalangan pemuda"katanya lagi."Sikap cakna dan sentiasa mengambil berat akan dihargai oleh para pemuda dan ini akan menguntungkan pihak kerajaan sendiri" tambah beliau lagi.Beliau juga berharap agar pertandingan seperti akan terus diadakan setiap tahun demi perpaduan yang lebih akrab antara para pemuda.

Melepaskan rembatan kearah gol.

Mencari ruang untuk menghasilkan gol.

Mantap-Menghalang bola dari masuk kedalam gol.

Penonton yang hadir menyaksikan pertandingan.




Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment