Sunday, February 20, 2011

Ceramah Maulidur Rasul di Kampung Pecah Rotan

YB Haji Khazan (berbaju kuning) khusyuk mendengar ceramah.

BATU RAKIT (PECAH ROTAN) 20hb Febuari 2011- Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit dengan kerjasama JKKK Pecah Rotan telah berkerjasam mengadakan kuliah maghrib sempena bulan Maulidur Rasul di Masjid Kampung Pecah Rotan. Kuliah yang bermula selepas sembahyang maghrib ini telah dihadiri seramai 150 orang.

Sebahagian para penduduk dan pemimpin masyarakat yang hadir mendengar ceramah maulidur rasul.

Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Kamal Abdullah telah memberikan satu pengharapan yang baru dalam sebuah kehidupan yang dilalui oleh masyarakat kita pada hari ini. Beliu banyak bercerita tentang kehidupan nabi Muhammad yang sentiasa tenang dalam menempuh pelbagai cabaran untuk menyampaikan agama Allah.Dalam ceramah yang disampaikan juga beliau meminta agar para pendengar yang hadir sentiasa berhati-hati dengan cara sesetengah pihak untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang ada. "Dengan cara yang canggih dan moden dizaman sekarang,tidak mustahil bagi sesebuah negara yang aman seperti Malaysia tiba-tiba menjadi huru-hara" katanya.Beliau merujuk kepada perkara yang telah berlaku dinegara-negara timur tengah sekaranag ini.Kejatuhan negara Mesir adalah merupakan salah satu cara penggunaan teknologi moden bergerak.

Ustaz Haji Ahmad Kamal menyampaikan kuliah maulidur rasul.

Pengalaman semasa berada di Mesir juga banyak diceritakan dalam kuliah beliau untuk dijadikan renungan oleh para penduduk Kampung Pecah Rotan.
Ustaz Haji Ahmad Kamal merupakan bekas Pegawai Hal Ehwal Pelajar Yayasan Terengganu di Mesir.Beliau juga mengharapkan keamanan yang telah sedia ada di Malaysia ini akan terus kekalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Berdiri untuk bersama-sama berselawat nabi.

"Kehidupan masyarakat Mesir yang serba kekurangan dan tidak semewah rakyat Malaysia patut dijadikan iktibar untuk kita semua bersatu dalam menghadapi apa jua masaalah yang datang" katanya lagi. Mantan Adun Sura Palimen Dungun dan Pegawai Tadbir Agama Negeri ini juga berharap agar segala permasaalahan yang berlaku didalam pentadbiran hendaklah diselesakan dengan cara dan kehendak agama seperti mana yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad semasa beliau menyebarkan syiar islam.

Penuh minat.

Kuliah yang bermula jam 8.00 malam ini juga telah dihadiri oleh Adun Batu Rakit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negerri Haji Khazan Che Mat, Pengerusi-pengerusi JKKK dalam Dun,Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Dun,Pergerakan Wanita Dun,APMT Dun dan para penduduk setempat.

Pengerusi majlis Ustaz Kamarudin Mohamad menyampaikan ucapan alu-aluan.

Sementara itu dalam ucapan alua-aluan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Haji Kamarudin Mohamad,beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada para pemimpin setempat kerana sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan setiap program yang dijayakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat.Harapan beliau juga agar program yang bercorak agama ini akan dilakukan disemua masjid-masjid yang ada didalam Dun Batu Rakit.

Cerita dan Gambar:MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment