Saturday, February 19, 2011

Penyerahan Kerusi Roda..

YB Haji Khazan melihat Puan Normah mencuba keselesaan kerusi roda yang baru.

BATU RAKIT (PENGKALAN ATAP) 19hb Febuari 2011- Seorang penghidap pengyakit kencing manis dan juga penglihatan yang kabur iaitu Puan Normah binti Ambak telah menerima sumbangan yang berupa sebuah kerusi roda dari YB Adun Batu Rakit Haji Khazan Che Mat. Beliau yang berumur 52 tahun telah hampir tiga tahun lebih menderita penyakit itu.

YB Haji Khazan berbual mesra dengan kaum nelayan Pengkalan Atap yang hadir sama meramaikan majlis ini.

Menurut sepupu kepada Puan Normah iaitu Timbalan Pengerusi JKKK Pengkalan Atap Nik bin Salleh atau lebih dikenali sebagai Pok Nik, beliau telah cuba dimerata tempat untuk mengubati penyakit itu,namun ianya tidak banyak memberikan kesan. Ditambah dengan penglihatan yang semakin kabur menyebabkan Puan Normah semakin sukar untuk bergerak bebas. Dengan bantuan kerusi roda itu ianya akan dapat meringankan sedikit pergerakan Puan Normah yang selama ini banyak bergantung kepada anak-anak beliau.

Berbual mesra dengan Puan Normah Ambak.

Sementara itu YB Haji Khazan berharap agar dengan kerusi roda itu ianya mampu membantu Puan Normah untuk bergerak dengan lebih bebas. Beliau juga berharap agar penyakit yang ditanggung oleh Puan Norma agar cepat sembuh. Dengan harapan dan sokongan daripada semua pihak,YB Haji Khazan berharap agar Puan Normah sentiasa tabah menghadapi kehidupan ini.

Puan Normah binti Ambak 52 tahun.

Turut hadir sama dalam majlis penyerahan kerusi roda ini ialah Pegawai Khasa Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Batu Rakit Haji Kamarudi Mohamad. Seramai 20 orang nelayan sekitar Pengkalan Atap turut sama meramaikan program.

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment