Thursday, April 29, 2010

YANG UZUR TIDAK DILUPA

TENGAH - Encik Suhaimi Awang (lumpuh) bersama isteri


BATU RAKIT, Khamis - 29 April - Seramai 3 orang telah dikenalpasti sebagai pesakit kronik seperti lumpuh.dalam kawasan Kampung Tanjong dekat sini. Penemuan mereka adalah melalui program Profail Kampung dengan kerjasama anggota Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) pada akhir tahun lalu.


Pengerusi (kanan) bersama Timbalan (kiri) JKKK Tanjong
Melalui sumbangan Ahli Parlimen Setiu, Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjong telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit baru-baru ini.
TENGAH - Encik Zakaria Ali (stroke) terima sumbangan
Semasa lawatan Pengerusi JKKK Tanjong, Encik A.Bakar @ M, Amin bin Ali bersama Timbalan dan Setiausaha serta beberapa ahli jawatankuasa telah menghulur hamper dan wang tunai kepada pesakit-pesakit sebagai tanda turut bersimpati apa yang mereka alami.
SUAMI kepada Salmah binti Mohamad (tengah), Zaidi Awang (kanan)
 "Dengan adanya sumbangan daripada Ahli Parlimen, gerakerja JKKK telah beri manfaat kepada pesakit  serta keluarga mereka, secara tidak langsung telah menaikkan nama semua pihak." jelas setiausaha JKKK, Encik Zaidi bin Awang.



SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment