Monday, April 26, 2010

BERPAUT... APMT,KEMAS

BATU RAKIT, Isnin 26 April - “Ikan di laut, asam di darat, bertemu dalam kuali. Hati terpaut, mata terpikat, disatukan oleh Tok Khadi.”

AKAD NIKAH - Hj Abdullah Mamat (kanan)
Baru-baru ini anggota Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) DUN Batu Rakit telah selamat dinikahkan oleh Imam Masjid Kampung Bukit Chempaka, Haji Abdullah bin Mamat   dengan Pemaju Masyarakat, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang bertugas di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TBK) Kampung Pantai Batu Rakit.

22042010515[1]
SEBAHAGIAN drp tetamu perempuan
Majlis akad nikah telah diadakan pada khamis 22 April lalu selepas solat isyak. Seramai 200 orang tetamu undangan kedua-dua belah pihak hadir, termasuk rakan-rakan APMT dan KEMAS.
Tidak ketinggalan Penghulu Mukim Batu Rakit/Wakaf Chagak/Pulau Redang yang memangku tugas Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Encik Zamari bin Abu Zih.
Selain itu, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Encik Sapian bin Haji Dabhal turut hadir meraikan majlis berkenaan 
22042010472[1]
Ketua Penyelia APMT, Haji Md Ali bin Abdullah yang baru kematian isteri dengan sekali lafaz telah sah menjadi suami kepada Murni binti Abdullah 45, janda kematian suami 6 tahun lalu.

22042010547[1]Selepas majlis jamuan makan, pengantin lelaki yang juga imam masjid di kampung berkenaan, dengan beberapa buah kereta pengiring bertandang ke rumah isterinya di Kampung Hilir Maras dekat sini.

22042010600[1]
Sebelum bersurai, majlis “Mengenal Menantu” dijalankan di kalangan perempuan yang terdiri,sanak-saudara serta rakan-rakan kedua-dua mempelai.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment