Monday, April 12, 2010

SUKANEKA GONG LINGAI


BOWLING KELAPA - Dato' Mohd Jidin Shafee baling kelapa

BATU RAKIT, Ahad 11 April - Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin bin Shafee telah sempat hadir pada majlis Sukaneka anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Gong Lingai baru-baru ini, walaupun bertembung dengan program majlis penyampaian hadiah, Pertandingan Akhir Futsal di Gong Badak.

Beliau telah menyampaikan beberapa hadiah kepada pemenang-pemenang dan beramah mesra dengan masyarakat sebelum bertolak ke Gong Badak.


KAIL BOTOL - betapa serius peserta cuba kail botol.
Berbagai acara telah disusun oleh penganjur yang melibatkan berbagai peringkat usia dari kanak-kanak sehingga kepada dewasa. Program telah diadakan selama dua hari bermula 9 dan 10 April.
Pada hari pertama, acara Pertandingan Kail Ikan Darat telah diadakan di kawasan parit Lubuk Petir di sini yang jaraknya 0.5 km.
BOWLING KELAPA - Kanak-kanak menyertai acara bowling kelapa
Manakala hari kedua, bertempat di Padangbola Kampung Gong Lingai, acara sukaneka diadakan dengan penyertaan 170 orang dalam kategori Bawah 6 tahun, 7 - 9 tahun, 10 - 12 tahun, 13 - 17 tahun dan 18 tahun ke atas.
JUNJUNG KELAPA - Peserta lelaki junjung kelapa
Pengerusi JKKK, Muhammad bin Mat Ali, 53 berkata "pertama kali program ini dapat diadakan, selepas beliau dilantik sebagai pengerusi JKKK pada 1 April 2009. InsyaAllah jika ada sokongan dari mana-mana pihak beliau berhasrat untuk jadikan acara tahunan."
ISI AIR - Peserta berlari-lari mengisi air sambil diperhati oleh keluarga
Pengerusi Pertandingan dan Hadiah, Nawang bin Mamat berkata "rasa gembira serta berterima kasih kepada penyumbang hadiah dan kewangan. Tanpa mereka besar kemungkinan program ini tidak dapat dilaksana."

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment