Saturday, April 10, 2010

KB PRESINT 8 ADAKAN KUNJUNGAN MUHIBBAH


TIBA - Rombonan K-Bestari Presint 8 tiba di Kampung Wakaf Chagak
BATU RAKIT , Sabtu 10 April - Komuniti Bestari Presint 8, Putrajaya, telah mengadakan kunjungan muhibbah ke Komuniti Bestari Wakaf Chagak sebagai program pertama selepas penubuhannya. Ketibaan mereka telah disambut oleh pengerusi bersama ahlijawatankuasa K-Bestari Wakaf Chagak tepat jam 4.30 petang.

SAMBUT - Encik Mohamad Abdullah (baju kuning) menyambut tetamu

Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Encik Sapian bin Haji Dabhal turut menyambut ketibaan rombongan yang terdiri seramai 40 orang dewasa dan 16 orang kanak-kanak.

Rombongan diketuai Haji Roslan bin Abu Hanif selaku Pengerusi K-Bestari Presint 8 bersama Pegawai Penyelaras K-Bestari, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Encik Sanusi bin Hassan bertindak sebagai pegawai pengiring..   
TAKLIMAT - Pengerusi KBestari Wakaf Chagak sedang beri taklimat

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pengerusi K-Bestari Wakaf Chagak, Encik Mohamad bin Abdullah. di Dewan Bestari Wakaf Chagak. Selain itu, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu dan Pengerusi K-Bestari Presint 8 turut memberi ucapan.
Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu (nombor 2 dari kanan bahagian depan)

Turut hadir dalam majlis takilimat ialah Pegawai Penerangan Kawasan Bukit Bintang/Seputeh/Wilayah Persekutuan, Encik Abdullah bin Sulaiman dan wakil Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Encik Anuar bin Murshadad.
CENDERAHATI - Haji Roslan Abu Hanif menyerah cenderahati kepada En. Mohamad Abdullah

Acara bertukar-tukar cenderahati kenangan-kenangan antara kedua-dua pengerusi K-Bestari telah diadakan sebelum para tetamu termasuk pengerusi-pengerusi JKKK berdekatan dijamu hidangan makanan bersumberkan ikan - keropok, satar dan otak-otak.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment