Thursday, April 1, 2010

FUTSAL TERTUTUP BUKIT CEMPAKA



BATU RAKIT-1 APRIL.Mungkin betul bidalan tentang bola kini, mkan bola, tido bola, minum bola dan segalanya bola....Inilah yang berlaku apabila Pemuda UMNO cawangan Bukit Cempaka menganjurkan pertandingan Tertutup Futsal Bukit Cempaka di Sport Planet Arena, Gong Badak. Sepak mula yang bermula jam 9.00 malam dan berakhir hampir jam 2.00 pagi. Walaupun mencecah dinihari dan kepenatan, mereka terus bersemangat untuk menghabis perlawanan.
Menurut Ketua Pemuda Encik Sazali Isa selaku pengerusi kejohanan,sebanyak 9 pasukan berjaya memeriahkan pertandingan ini yang dijalankan secara liga satu kumpulan.Empat pasukan teratas layak ke pusingan separuh akhir.
Menurut beliu lagi, matlamat diadakan pertandingan begini adalah untuk mengisi masa yang terluang di waktu malam, mengelak dari aktiviti-aktiviti yang tidak sihat,mempekasa pemuda-pemuda dengan semangat berpasukan dan menambah program pemuda ke arah yang lebih sihat.
Turut hadir bersama menyaksikan pertandingan ini ialah Encik Ghazali Yusof selaku pengerusi Jkkk.Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.Selaku pengerusi Jkkk, beliau melahirkan rasa gembira dengan aktiviti-aktivi yang dijalankan pemuda cawangan, banyak memberi kebaikkan dan menafaat kepada semua pemuda.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment