Friday, April 16, 2010

PROGRAM PENINGKATAN POTENSI DIRI

Peserta sedang mengikuti kursus program

Encik Mohd Rizal sedang menyampaikan ceramah

Batu Rakit- 14 April 2010. Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu telah mengadakan satu program Peningkatan Pontensi Diri (Pakej Saya Anak Terengganu)bagi Parlimen Setiu di Dewan Utama Merang Suria Resort,Setiu.
Seramai 140 orang peserta telah mengikuti program ini yang terdiri daripada pemuda dan puteri Dun Batu Rakit dan Langkap.
Program sehari ini merangkumi empat bengkel iaitu Menjana Potensi Diri(kecemerlangan pilihan saya),Kecemerlangan Diri Saya (latihan kejituan dan kewibawaan),Cintai Keluarga Sayangi Negara dan Pelan Tindakan Menjayakan Matlamat (diri,keluarga dan masyarakat).
Menurut pengendali program ini Encik Mohd Rizal bin Hassaan, ianya bertujuan mendedahkan peserta yang terdiri daripada remaja bagaimanakah cara untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup.Program ini juga diharap dapat membina insan yang lebih berani bersaing dalam menghadapi kemajuan yang lebih mencabar disamping terus menyayangi keluarga dan negara.

Cerita: Mazlan Mustafa

Jurugambar: Sazali Yusof

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment