Friday, April 2, 2010

440 PELAJAR CATAT SEJARAH SEBAGAI MURID PERTAMA SMK BATU RAKIT

01042010451 BATU RAKIT, 1  April - Seramai 440 orang pelajar telah mencatat sejarah sebagai murid pertama mendaftar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit, Mengabang Lekor pada 1 April 2010 sempena hari pertama persekolahan.

01042010449
* Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zaiton Mansor (kanan) dan PPD Kuala Terengganu YM Tg. Mohd Yusof Tg. Mansor
Menurut Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zaiton binti Mansor seramai 345 orang pelajar dipindah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot dan 95 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan Zainal Abidin dekat sini.
 01042010452 
* Murid berikrar sebelum memasuki kelas.
Mereka terdiri 175 pelajar tingkatan satu, 145 pelajar tingkatan dua dan 116 pelajar tingkatan empat. Pelajar-pelajar berkenaan akan ditempatkan dalam 13 buah bilik kelas. 5 bilik di tingkatan satu, 5 bilik di tingkatan dua dan 3 bilik di tingkatan empat.
Sambungnya lagi, seramai 26 orang guru, termasuk 3 orang Guru Penolong Kanan, 1 orang Guru Kaunseling serta dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pembantu Am Rendah.
Harapannya menjelang 2015 sekolah ini akan tercatat sebagai sekolah harian cemerlang. dengan ada sokongan dari guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa semua.

1 comment: