Monday, April 19, 2010

PROGRAM BAKTI REMAJA DUN BATU RAKIT

oleh Mohamad Abdullah
Jurugambar - Zainal Abidin Mamat,


BERKUMPUL - Para peserta berkumpul dalam dewan

BATU RAKIT, Isnin 19 April - Seramai 141 orang remaja  lelaki dan perempuan dari DUN Batu Rakit telah mengikuti Program Bakti Remaja Sesi II pada 9 - 10 April 2010 bertempat di Kem Rakan Muda, Kg Raja, Besut.

KHUSYUK - peserta khusyuk mendengar ceramah
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiu, YB Ustaz Haji Khazan Che Mat telah merasmikan program tersebut. Beliau mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua peserta dan urusetia yang sanggup berkorban masa demi perjuangan agama dan bangsa.
BINCANG - urusetia berbincang untuk kelicinan kursus
Selaku ADUN Batu Rakit, beliau menyarankan agar peserta dapat menimba ilmu yang akan diberi oleh penceramah-penceramah undangan dengan bantuan beberapa orang fasilitator yang berpengalaman. Setiausaha Pergerakan Pemuda Bahagian, Encik Abdullah Ibrahim turut hadir pada majlis berkenaan .

PUTERI - sebahagian peserta di kalangan puteri
Katanya lagi, "program ini akan diurus oleh Encik Bazlan Abd Rahman sebagai Ketua Fasilitator dan Ketua Penerangan Pemuda Bahagian bertindak sebagai salah seorang penceramah undangan."


"Manakala sesi ketiga akan diadakan pada 4 - 6 Mei dan diikuti sesi keempat - sesi akhir pada 8, 9 dan 10 Mei akan datang," tambahnya lagi.

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment