Friday, April 16, 2010

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA


Batu Rakit- 16 April 2010.Seramai 250 orang telah mengunjungi Program Merakyatkan Seni Budaya PMS:Kawasan Luar Bandar bilangan 2/2010 peringkat negeri Terengganu anjuran Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Terengganu,Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

UCAP- Encik Ramli Salleh Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu


Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang dua hari program tersebut seperti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran,jamuan rakyat,demonstrasi membuat alatan nelayan,wau,masakan keropok lekor,silat,sukaneka dan persembahan dikir barat.
Pegawai khas kepada YB.Tuan Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri juga merangkap ADUN Batu Rakit iatu Encik Mohd Hanif Abdullah telah mewakili beliu untuk majlis perasmian program ini.

DIKENANG- Puan Hafsah Jusoh menerima Anugerah Tokoh Pengiat Seni Muzik Terengganu 2010

Menurut Encik Ramli Salleh Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara Negeri Terengganu,tujuan PMS ialah mendekatkan masyarakat umun, khususnya masyarakat luar bandar dengan kegiatan seni budaya disampaing memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan seluruh lapisan masyarakat dengan penglibatan semua pihak dalam usaha memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya.Dalam program ini juga pihak Jabatan Kebudayaan juga telah menyampaikan Anugerah Tokoh Pengiat Seni Muzik Terengganu 2010 kepada Puan Hafsah Jusoh penyanyi lagu asli dan rakyat Terengganu.Program selama dua hari ini telah diadakan di Dataran Bestari, kampung Padang Polis juga mendapat kerjasama sepenuhnya dari JKKK Padang Polis,Pengkalan Atap,Wakaf Chagak, Kubur Timah dan APMT Dun Batu Rakit.

MERIAH- Kanak-kanak turut sama menyeri dan memeriahkan sukaneka





Cerita dan Gambar:
Mazlan Mustafa





SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment