Thursday, April 1, 2010

SMK BATU RAKIT SETARAF KOLEJ

01042010453 BATU RAKIT, 1 April – Pengarah Pelajaran Negeri, Haji Ariffin bin Embong berkata "Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit, Mengabang Lekor beruntung kerana memiliki frasarana yang lengkap setaraf kolej."
01042010450
*Pengarah Pelajaran Negeri,  Haji Ariffin Embong sedang berucap

Beliau berucap ketika majlis perjumpaan ibu bapa dan murid sempena pendaftaran masuk hari pertama ke sekolah berkenaan pada hari ini.
Selain bangunan sekolah yang indah, serta bilik makmal sains, padang bola yang luas, dibantu pula dengan guru-guru dan pentadbiran yang berpengalaman.
SMK Batu Rakit juga mempunyai sebuah dewan, berbanding dengan sekolah-sekolah menengah berdekatan  yang masih tidak ada dewan hingga ke hari ini. 
 
01042010445
* PPD Kuala Terengganu (bersongkok) Yang Mulia Tengku Mohd Yusof Tengku Mansor, sebelah kanan - Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zaiton Mansor
 Sebelum itu, Pegawai Pelajaran Daerah, Yang Mulia Tengku Mohd Yusof bin Tengku Mansor turut menyaran agar murid-murid bersedia berpegang kepada motto “Berdisiplin, Pintar dan Berhemah”. Rasa sayang kepada sekolah sama sebagaimana kita sayangkan diri sendiri.

2 comments:

  1. untung laa saperw yg belajar kat skulah tu (mcm saya)

    ReplyDelete
  2. waooooo .... hebat nye skola aku ,,mcm kolej..
    banga x terhingga :"( ...

    ReplyDelete