Monday, November 7, 2011

SESUATU KEPUTUSAN ADALAH TAKDIR...AP Setiu

Qurban 2011 011
BERUCAP - Dato Mohd Jidin sedang menyatakan sesuatu
Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT, 05 November 2011 – Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah melancarkan prorgam Jentera Simulasi Pilihanraya DUN Batu Rakit bertempat di Dewan Bestari Wakaf Chagak dekat sini baru-baru ini. Turut hadir sama Ketua Penerangan Bahagian Dato Haji Abd Rahman Mat Yasin, Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Rosnari Awang Ngah, Pengerusi Polling Agent dan Counting Agent Bahagian, Haji Mohd Zaki Muda, Pengerusi Pengangkutan Bahagian, Abdullah Mat Amin, Pengerusi Pengundi Luar Bahagian Mohamad Abdullah, Penghulu Mukim Batu Rakit/Bukit Chempaka, Khairul Anuar Hasin dan Setiausaha Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit, Nazri Mamat.

Qurban 2011 011
YB Dato Hj Mohd Jidin Shafee
          Ketua UMNO Bahagian selaku Ahli Parlimen Setiu berkata, “sebagai orang parti, kita wajib patuh kepada apa saja keputusan majoriti, Setiap program atau aktiviti parti hendaklah kita luangkan masa bagi menyokong dasar parti.” tegas beliau. “Buangkan segala perasaan ketidakpuasan hati. Tumpuan kepada kesepaduan program amat bermakna kepada kerajaan BN.”, sambungnya lagi. “Berbalik kepada siapa bakal jadi calon, usahlah kita persoalkan, marilah kita serahkan kepada kebijaksanaan presiden parti menentukannya.. Jika kita tidak terpilih, kita kena bekerja sebagaimana dulu oranglain yang bekerja membantu kita bagi memenangkan BN.” ingatannya kepada 150 orang tetamu. “Sesuatu keputusan adalah dengan takdir Allah belaka.” jelasnya lagi. “Begitu juga dengan perlantikan pengerusi-pengerusi JKKK tidak ada bezanya, kita cuma mengharap sahaja berpihak kepada kita, sedangkan rezeki adalah hak Allah.”
Qurban 2011 010
TEPI KANAN  - Rosnari Awang Ngah
          Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiu, Rosnari Awang Ngah selaku pengerusi IT bahagian telah menjelaskan peranan puteri semasa pilihanraya sebelum itu. Beliau memaklumkan di setiap peti undi anggota puteri akan ditempatkan bersama petugas parti seramai 3 orang bagi melancarkan pendaftaran, semakan pemilih. Beliau amat berharap semua pengerusi Peti Undi agar memberi kerjasama kepada petugas terutama pergerakan puteri ketika hari pembuangan undi kelak.
Qurban 2011 007
BERSALAMAN dengan pengerusi JKKK Hilir Maras
          Manakala petugas di bawah polling agent hendaklah dilantik di kalangan mereka yang berpengalaman dengan tugasan dan wajib hadir seawal mungkin, paling tidak jam 7.00 hingga 7.30 pagi mesti bersedia untuk memasuki dewan atau bilik tempat pembuangan undi, jelas pengerusi Polling Agent dan Counting Agent semasa memberi ucapan ringkas pada malam tersebut. Selain itu mereka hendaklah digilirkan pada setiap 2 jam sekali antara mereka. Kepada petugas counting agent atau pemerhati pembilang undi hendaklah dilantik dikalangan mereka yang memahami dan bersedia menyuarakan pandangan apabila ada berlaku keraguan pada penandaan atau pangkahan di kertas undi,” sambungnya lagi.
Qurban 2011 005
          Pengerusi Pengangkutan Bahagian, Abdullah Mat Amin berkata, “bermula dari sekarang pengerusi pengangkutan di setiap peti undi hendaklah menyenaraikan nama pemandu, nombor kenderaan selain motosikal bagi membantu jentera sokongan terutama semasa hari penamaan calon dan program sambutan yang besar. Lazimnya motosikal kita serah kepada penyelaras pemuda DUN sebagai tambahan kepada senarai sediada.”
Qurban 2011 004          Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Dato Abd Rahman Mat Yasin berkata, “setiap peti undi akan digerakkan dengan simulasi pilihanraya bermula 22 hingga 29 November. Pengisian kepada program ini ialah bacaan sikap pemilih, ceramah khas. Manakala pada hari pembuangan undi, seramai 200 orang perlu dikenalpasti di kalangan 60 peratus golongan muda yang belum pernah mengundi dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini. Setiap peti undi akan dibekalkan dengan sebuah komputer (laptop) riba yang baru”
Qurban 2011 012
Pengerusi JKKK Mengabang Lekor (Kemeja putih)
         Turut hadir  sama pengerusi-pengerusi JKKK, Ketua-Ketua UMNO Cawangan, Anggota Agensi Pembangunan Masyarakat (APMT) diketuai Md Ali Abdullah selaku Ketua Penyelia DUN Batu Rakit. dan Ahlijawatankuasa Penyelaras Pemuda DUN Batu Rakit.

No comments:

Post a Comment