Sunday, November 27, 2011

Ceramah Simulasi Pilihanraya …. BERJAYA.

Foto0174
Oleh : Mohamad Abdullah

Foto0177
Hj Abd Rahman Yasin
BATU RAKIT – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Setiu, Datuk Haji Abd Rahman Yasin berkata program majlis ceramah sempena pelancaran Simulasi Pilihanraya pada 25 November 2011 telah berjaya menarik sokongan ahli dan penyokong UMNO. Seramai 300 orang lebih hadir di perkarangan deretan kedai Rumah Murah Kos Rendah (RAKR) Mengabang Lekor. Ini adalah tanda bahawa orang di DUN Batu Rakit sentiasa memberi sokongan padu hasil kerjasama semua ketua-ketua cawangan bersama pengerusi-pengerusi JKKK, sambung beliau seterusnya . Majlis bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir hampir jam 12.00 tengah malam.
Foto0166
Ustaz Hj Zulkifli Nasir
         Bekas calon DUN Batu Burok, Ustaz Mohd Zulkifli Mohd Nasir telah menyampaikan ceramah mengenai isu semasa. Beliau yang pada awalnya dijadualkan di DUN Langkap, Setiu telah bertukar dengan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Marang (dipindah ke parlimen Hulu Terengganu) berpunca pembatalan program simulasi bagi kawasan DUN Langkap kerana masalah banjir sebagai penceramah pertama.
 
Foto0168
Datuk Nasir Safar
         Ceramah kedua telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Johor, Datuk Nasir Safar, 62. Beliau sebelum ini adalah bekas Pegawai Khas kepada Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia. Audien yang terdiri pelbagai peringkat usia, dari kanak-kanak, remaja hingga kepada warga emas tidak berganjak hingga sanggup berdiri mengikuti ikrar sebelum majlis berakhir. Rata-rata berpendapat cara penyampaian beliau amat bermakna dan dapat memberi kesan ingatan khasnya mengenai Gagasan 1Malaysia.
Foto0183
Bergambar dengan isyarat 1Malaysia
          Sebelum itu, pada sebelah siang, petugas di Peti Undi Mengabang Lekor bertungkus lumus memasang bendera Barisan Nasional (dacing) dalam menampakkan kesepakatan kerja dalam suasana pilihanraya. Mereka telah dipimpin oleh Haji Kamaruddin Haji Hameed, ketua cawangan merangkap pengerusi JKKK RAKR Mengabang Lekor. Jentera pergerakan pemuda cawangan seiring dengan petugas lain.
Foto0173
         Ketua Penyelia APMT DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah yang bertindak sebagai pemantau simulasi pilihanraya Batu Rakit dan Penolong Setiausaha UMNO Bahagian Setiu, Haji Bazlan Abd Rahman yang baru pulang dari tanah suci turut hadir bersama ahlijawatankuasa bahagian, ajk wanita bahagian dan ajk puteri bahagian.
Foto0167
Datuk Nasir bersama kepimpinan bahagian Setiu.
  

No comments:

Post a Comment