Tuesday, November 15, 2011

Atlet Setiu Dipilih Untuk Kejohanan Negeri.

APMT & SKBR 003
FUTSAL - masing-masing bermain dengan penuh keyakingan
Oleh : Mohamad Abdullah
APMT & SKBR 014
BERTOPI - Hj Md Ali Abdullah
BATU RAKIT – Seluruh anggota Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) parlimen Setiu berpesta di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, Kuala Terengganu pada 10 November 2011 bagi memilih peserta sebagai wakil Setiu untuk kejohanan tahunan APMT pada 18 dan 19 bulan ini. Ketua Penyelia DUN Batu Rakit, Haji Md Ali Abdullah selaku pengurus pemilihan peserta berkata, “beliau mengucapkan terima kasih kepada pengurusan UniSZA kerana memberi izin menggunakan satu hari kemudahan beberapa gelanggang termasuk futsal, bolajaring, bola tampar, takraw, badminton, pingpong dan karom.” 

APMT & SKBR 004
BOLA JARING
APMT & SKBR 008
BOLA TAMPAR (Lelaki)
          Semua pengurus pasukan yang dilantik telah menyusun atur perlawanan bagi mengenalpasti pemain-pemain yang benar-benar layak bagi setiap kategori. Sebelum ini bagi pertandingan karaoke telahpun diadakan sempena sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat parlimen Setiu di Rumah Rehat Setiu.

APMT & SKBR 012
BOLA TAMPAR (Wanita)
APMT & SKBR 021
BADMINTON
          Pegawai Parlimen Setiu, Haji Ismail Saamah,  Ketua Penyelia DUN Jabi,  Ketua Penyelia DUN Permaisuri, Ketua Penyelia DUN Langkap bersama hadir memberi sokongan dalam menentukan atlet yang benar-benar layak. Kejohanan kali kedua ini, akan diadakan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 10 km dari sini.

APMT & SKBR 024
KAROM
APMT & SKBR 010
TAKRAW
         DUN Batu Rakit telah dipertanggungjawabkan pada hari pemilihan atlet bagi mendapat tempat, penyediaan sarapan pagi, makan tengahari dan jamuan sebelah petang. Bagi sukaneka pula, pihak urusetia telah mencalonkan para peserta mengikut kesesuain setiap DUN. 

APMT & SKBR 022
PINGPONG

No comments:

Post a Comment