Saturday, November 12, 2011

2 Dikorbankan Komuniti 1Malaysia

Qurban 2011 027
Oleh : Mohamad Abdullah

Qurban 2011 021BATU RAKIT – “Komuniti 1Malaysia Wakaf Chagak telah berjaya mengumpul 14 orang penyumbang di bawah program korban pada tahun ini.” jelas pengerusi Pelaksana Qurban K1M Wakaf Chagak, Mat Lazim Iman. “Tahun ini adalah tahun ke15, K1M Wakaf Chagak melaksanakan program serupa.” sambungnya lagi.
 Qurban 2011 032          Katanya lagi, “kali ini pihaknya telah berjaya membeli kerbau 2 ekor melalui penternak tempatan di Kg Pechah Rotan dengan kadar RM350.00 setiap bahagian termasuk kos pengurusan makan-minum petugas dan orangramai pada majlis berkenaan. Kerja-kerja dibantu sama oleh golongan belia Kg Pechah Rotan, dalam kawasan K1M Wakaf Chagak”
Qurban 2011 037          “Pada setiap tahun, kesemua peserta korban akan memberi izin kepada beliau mengagihkan sebahagian daging kepadanya untuk diagihkan kepada masyarakat tempatan selepas selesai proses pembahagian milik masing-masing” sambungnya lagi, selaku bendahari K1M Wakaf Chagak.
Qurban 2011 042          Selain penyertaan di kalangan ahli K1M Wakaf Chagak, masyarakat luar kekadang diterima masuk sama dalam program ini pada setiap tahun apabila ada ruang kekosongan bahagian korban.

No comments:

Post a Comment