Tuesday, November 15, 2011

Pelajar Cemerlang diberi penghargaan.

Muhammad Syamin Izzat Mohammad menerima anugerah dari YB Haji Khazan Che Mat sebagai Tokoh Murid 2011 Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka.


BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 14/11/2011- Adik Muhammad Syamin Izzat bin Mohd dari tahun 6 Pintar dan juga adik Syafikah Atirah Mohd Romzi juga dari tahun 6 Pintar telah berjaya dinobatkan sebagai Anugerah Tokoh Murid tahun 2011 di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka.Majlis yang berlangsung di kantin sekolah tersebut telah diresmikan oleh YB Haji Khazan Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri yang juga merangkap Adun Batu Rakit.


Adik Syafiqah Athirah Mohd Romzi menerima Anugerah Tokoh Murid ketogeri perempuan dari YB Haji Khazan Che Mat.

Hampir 200 orang yang terdiri dari ibubapa para pelajar telah hadir untuk menyaksikan anak-anak mereka menerima anugerah.Majlis yang bermula jam 9.00 pagi ini turut juga dihadiri oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu Encik Halidan Awang.Dalam ucapan yang disampaikan oleh YB Haji Khazan Che Mat,beliau berharap agar para ibubapa sentiasa memberikan sokongan pada setiap program yang dilakukan oleh pihak sekolah demi kejayaan anak-anak mereka.

Murid-murid pra sekolah segak dengan jubah sebelum menerima sijil mereka.

Tanpa sokongan dan kerjasama yang baik daripada ibubapa,amat susah untuk para guru menghasilkan kejayaan untuk sekolah,kata beliau. "Peranan ibubapa amat penting selepas para pelajar keluar dari kawasan sekolah dan ianya merupakan penentu kejayaan untuk anak-anak" tambah beliau lagi.Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan juga turut memaikan peranan yang penting demi membantu para pelajar berjaya didalam bidang pelajaran."Peruntukkan dan bantuan sedia diberikan kepada para pelajar dan juga ibubapa oleh kerajaan bagi memastikan tiada lagi para pelajar yang ketinggalan atau buta huruf dizaman teknologi maklumat ini" ujar beliau lagi.

Sebahagian para ibubapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

Dari kiri ke kanan: Encik Halidan Awang,YB Haji Khazan,Guru Besar dan Penolong Guru Besar.


Pada majlis ini juga seramai 20 kanak-kanak pra sekolah turut menerima sijil mereka yang disampaikan oleh Encik Halidan Awang.Majlis ini berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Cerita dan Gambar:
MAZLAN MUSTAFA


SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment