Sunday, November 13, 2011

2 Muka Baru Dipilih KNBR

Foto0005
PENGERUSI KNBR - Hj Muda Abdullah (tiga dari kiri)

Oleh : Mohamad Abdullah
BATU RAKIT – Mesyuarat Agung Kopeasi Nelayan Batu Rakit Berhad (KNBR) pada 12 November 2011 di Bangunan Koperasi Nelayan Batu Rakit dekat sini, telah dirasmikan oleh Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Terengganu mewakili Haji Khazan Che Mat. Majlis perasmian bermula jam 9.30 pagi dengan kehadiran anggota seramai 139 orang.

Foto0006         Pengerusi KNBR, Haji Muda Abdullah, 63, menjelaskan’ “mengikut perlembagaan koperasi, pada setiap tahun satu pertiga daripada jumlah Anggota Lembaga Koperasi (ALK) seramai 9 orang terpaksa gugur 3 orang dan layak dipilih semula oleh perwakilan pada mesyuarat agung. Mereka yang gugur mengikut giliran 3 tahun sekali, kali ini ialah Harun Mohamad, Othman Mohamad dan Abdullah Mahmud. Pada kali ini, sesudah borang pencalonan diedar kepada semua anggota, terdapat 5 orang telah dicalon termasuk 2 orang calon baru Zainaldin Ismail dan Zaidi Awang.” sambungnya lagi. 
Foto0002
UCAPAN TANGGUHAN - Zakaria Embong
          Majlis bersetuju menerima keputusan mengikut majoriti bilangan undian angkat tangan kepada Harun Mohamad, Zaidi Awang dan Zainaldin Ismail bagi menduduki dalam Anggota Lembaga Koperasi bagi penggal 2011/2013. Manakala lantikan Anggota Audit Dalam akan ditentukan oleh pihak ALK.
Foto0004          Sebaik sahaja urusan mesyuarat agung selesai, semua anggota yang memiliki anak di bangku persekolahan telah diberi sumbangan RM20.00. Pada majlis tersebut, pihak AmBank cawangan Kuala Terengganu telah mengadakan pameran berkaitan insuran serta memberi cenderahati kepada setiap pencarum.

No comments:

Post a Comment