Sunday, November 13, 2011

PP Beri Laluan Jawatan Timbalan YDP..

Foto0007
Oleh : Mohamad Abdullah

BATU RAKIT – Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu (MKN) kali ke19 telah dirasmikan oleh pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Haji Abdul Rahin Dato’ Haji Mohd Said pada 12 November 2011 bertempat di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Beliau selaku Yang DiPertua MKN berucap kepada 100 orang perwakilan mewakili badan-badan gabungan berkata, “setiap badan gabungan MKN perlu digerak secara kolektif dan aktif agar tidak timbul kelesuan yang boleh dibatalkan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan kelak.”

Foto0012
Dua dari kanan - Wan Ahmad Wan Ismail bersama Ajk PEWARTA
          Jawatan Timbalan Yang DiPertua telah diberi laluan mudah kepada Syed Mohd Noor Syed Sulong yang dikenali dengan nama penanya SM Noor, mewakili PELITA, apabila Penolong Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), A. Latiff Awang mewakili Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Marang, kemudian beliau dipilih sebagai Bendahari MKN. Jawatan Naib Yang DiPertua telah dimenangi oleh Rosli Ahmad mewakili Majlis Kebudayaan Daerah Kemaman (MKDK) dan Haji Wan Ahmad Wan Ismail mewakili Persatuan Karya Negeri Terengganu (KARYA).
         Mengikut undang-undang tubuh MKN, jawatan Yang DiPertua secara otomatik diberi kepada EXCO kerajaan yang terlibat dengan kebudayaan dan kesenian. Begitu juga Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri Terengganu akan berjawatan sebagai Setiausaha Kehormat. Beliau juga dilantik sebagai Ex-Officio bersama Penolong Setiausaha Kerajaan Bahagian Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri. Jawatan Penolong Setiausaha akan dilantik oleh Yang DiPertua melalui mesyuarat jawatankuasa. Jawatankuasa terdiiri seorang wakil dari badan gabungan.
Foto0011
Bendahari dan Setiausaha PEWARTA
          Sebelum itu, beberapa badan gabungan telah menerima bantuan pentadbiran sebanyak RM2,000.00. Penyerahan mop cek telah disampaikan oleh Yang DiPertua MKN. Bendahari Persatuan Wartawan Terengganu (PEWARTA) Haji Embong Mohamad adalah salah seorang penerima mewakili pengerusi yang tidak dapat hadir.

No comments:

Post a Comment