Monday, November 7, 2011

Kuliah Maghrib di Masjid Bukit Chempaka..(Program Jom ke Masjid)

Para jemaah mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Habibi selepas mengimankan solat isyak pada Program Kuliah Maghrib di Masjid Bukit Chempaka.

BATU RAKIT (BUKIT CHEMPAKA) 3hb November 2011- Hampir 200 orang telah bersama-sama hadir pada Kuliah Maghrib yang dianjurkan oleh Penyelaras Pergerakan Pemuda Dun Batu Rakit di Masjid Bukit Chempaka hari ini.Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Penceramah dari Yayasan Islam Terengganu Ustaz Habibi Hamzah ini merupakan program agama pertama yang dianjurkan oleh Pemuda Batu Rakit.

YB Haji Khazan bersalaman dengan para jemaah selepas selesai solat isyak.

Menurut Setiausaha Penyelaras Pergerakkan Pemuda Encik Nazri Mamat,tujuan utama program ini ialah untuk mendekatkan lagi masyarakat dengan masjid terutama dikalangan para pemuda."Program Jom Ke Masjid adalah salah satu cara yang terbaik untuk kita melihat sejauh mana sambutan yang diberikan oleh para pemuda dalam mendekatkan diri dengan masjid" kata beliau.

Sedang mendengar kuliah yang disampaikan.

Beliau turut mamaklumkan bahawa kuliah seperti ini akan terus diadakan nanti apabila meliaht sambutan yang cukup menggalakan ditunjukkan oleh pemuda di Masjid Bukit Chempaka."Dengan ini terbukti bahawa orang muda masih lagi berminat untuk hadir ke masjid,cuma kita perlukan sedikit usaha untuk menarik mereka"tambah beliau lagi.

Ustaz Habibi Hamzah dari Yayasan Islam Terengganu.

Program yang bermula selepas solat isyak ini turut dihadiri oleh YB Haji Khazan Che Mat selaku Adun Batu Rakit,Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Haji Kamaruddin Mohd,wakil Balai Polis Batu Rakit Sarjan Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman dan juga para Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment