Saturday, November 12, 2011

KRT seiringan JKKK dalam kerja-kerja kemasyarakatan

Qurban 2011 058
Oleh : Mohamad Abdullah

Qurban 2011 054
Ibrahim Abd Rahman
BATU RAKIT – Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sentiasa bergandingan dalam tugasan di bawah program kemasyarakatan di Kg Wakaf Chagak. “Setiap kali aktiviti di sini, kedua-dua badan seiringan membantu bagi mewujudkan perpaduan bukan sahaja di kalangan ahlijawatankuasa bahkan masyarakat setempat.” kata bendahari KRT Wakaf Chagak. Beliau yang baru saja dilantik memegang jawatan setiausaha JKKK Wakaf Chagak pada 1 Oktober 2011 menyambung, “kita dapat lihat keserasian kerja di kalangan anggota bila ada aktiviti di sini.”

Qurban 2011 044
          “Buat julungkali, pada hari raya pertama, sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini kerja-kerja penyembelihan 2 ekor lembu korban dapat dilaksanakan.” terangnya lagi selaku pengerusi Pelaksanaan Qurban pada tahun ini. Kedua-dua ekor lembu telah di beli dari Kampung Merang, Setiu, Terengganu hasil kerjasama salah seorang ahlijawatankuasa KRT Wakaf Chagak yang kebetulan keluarga kepada penternak berkenaan.
Qurban 2011 052          Kerja penyembelihan telah disempurnakan oleh Haji Wan Anuar Abdullah, penduduk tempatan. Manakala kerja-kerja melapah diketuai oleh Mohd Darus Abu, ahlijawatankuasa KRT dan ahli JKKK Wakaf Chagak. Sekitar jam 12.00 tengahari baru dapat disempurnakan program penyembelihan selepas tiba giliran kelima daripada 8 giliran pada hari tersebut.
Qurban 2011 069          Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee telah menyumbang seekor lembu pada tahun ini. Manakala seekor lagi datangnya daripada kalangan penduduk tempatan. Kesemua bahagian telah diagihkan kepada penduduk di Kampung Pandu, Kampung Wakaf Chagak dan Kampung Kubur Timah. Pihak JKKK telah menyumbang makan-minum kepada semua petugas bersama keluarga pada sebelah tengahari melalui sumbangan sebahagian daging korban tersebut.
Qurban 2011 066

No comments:

Post a Comment