Sunday, June 5, 2011

Prihatin...skuad sayang dan APMT Dun terus bergerak bersama turun padang.

Skuad Sayang dan APMT DUN Batu Rakit bergambar kenangan bersama Puan Hajah Nik Aini,Pengerusi JKKK Balai Maras dan keluarga Puan Fatimah Zakaria.

BATU RAKIT (MARAS) 2hb Jun 2011 Skuad Sayang (Wanita UMNO Dun Batu Rakit) dan APMT Dun sentiasa mengambil cakna pada warga emas, oku dan juga mereka yang telah uzur. Bersama-sama dengan isteri YB Adun Batu Rakit Puan Hajah Nik Aini Nik Soh,satu lawatan berserta sumbangan telah dilakukan di Peti Undi Maras.

Puan Fatimah Zakaria (bertudung hitam) menerima sumbangan dari Puan Hajah Nik Aini Nik Soh (bertudung ungu)

Di Kampung Maras seorang warga emas yang telah uzur Haji Jaafar Mohamad (gambar kecil bawah) telah dilawati oleh Skuad Sayang dan Apmt Dun.Beliau yang telah dua tahun mengalami sakit lumpuh,hanya terbaring diatas tilam ketika menyambut kehadiran isteri YB dan juga peserta program cakna rakyat. Menurut isteri beliau, penglihatan dan juga pendengaran
Haji Jaafar juga sudah tidak seperti dahulu lagi. Segala makan, minum dan pakaian diuruskan oleh isteri beliau yang setia menemani beliau sepanjang masa. Bagi isteri Haji Jaafar,beliau amat terharu dengan kehadiran yang tidak diduga apabila dikunjungi oleh Puan Hajah Nik Aini. Bagi beliau inilah sikap yang perlu dicontohi oleh semua golongan dalam membantu mereka-mereka yang memerlukan pertolongan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana sudi meluangkan masa menziarahi suami beliau yang terlantar.
Sementara itu bagi JKKK Balai Maras pula rumah kediaman Puan Fatimah Zakaria (gambar kecil atas) yang mengalami strok dua tahun dahulu telah dikunjungi oleh rombongan Skuad Sayang dan Apmt Dun. Beliau yang juga seorang peniaga kecil-kecilan telah hilang keupayan untuk berjalan dan bercakap dengan baik. Namun beliau amat beruntung kerana anak-anak dan suami sentiasa menjaga beliau dengan sebaik mungkin ketika beliau berada disaat-saat yang kritikal.

Jajarkan ke TengahPuan Hajah Nik Aini (tengah) dan Ketua Wanita Umno Batu Rakit Hajah Wan Maznah (bertudung kuning) melihat Haji Jaafar yang sudah uzur.

Program yang diadakan sebanyak dua kali sebulan ini sentiasa bergerak dari peti-peti undi diseluruh Dun Batu Rakit. Ketua Wanita Umno Dun Batu Rakit yang juga merangkap Ketua Wanita Bahagian Setiu Hajah Wan Maznah Wan Nong turut bersama menjayakan program cakna rakyat ini.Turut bersama ialah Cik Norzilati Muda selaku wakil dari Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit

Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment