Sunday, June 5, 2011

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang..

Para pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sibuk menguruskan pemberian duit kepada para penerima.

BATU RAKIT (MARAS) 1hb Jun 2011- Seramai 150 orang warga penerima bantuan dari Kampung Maras,Wakaf Chatur,Padang Kemunting telah hadir pada Program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras. Program yang bertujuan mendekatkan lagi penerima bantuan JKM dengan pihak pegawai yang bertugas.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd (kanan) menyampaikan bantuan kepada penerima JKM.

Pada program ini.Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Terengganu Che Ayub Osman telah memohon maaf diatas kelewatan yang berlaku kerana terdapat beberapa masaalah yang terjadi dan tidak dapat dielakkan. Beliau yang juga pegawai yang baru ditugaskan di kawasan Kuala Terengganu turut menguncapkan juataan terima kasih kepada para penerima bantuan yang sabar menunggu pihak JKM. Dalam ucapan beliau juga,pihak JKM akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk seluruh warga penerima bantuan. "Bukan sekadar bantuan zahir (kewangan) tetapi JKM kini juga banyak mengaturkan tazkirah untuk keperluan penerima menuju jalan akhirat" kata beliau.

Haji Kamaruddin bersama Che Ayub Othman (kiri)

Beliau juga turut memaklumkan agar para penerima bantuan JKM agar dapat membuka akaun bank untuk memudahkan sistem pembayaran dan juga untuk keselamatan para penerima. Dengan cara pembayaran melalui bank,pihak JKM juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan setiap kali pembayaran dilakukan. Beliau juga berharap agar para penerima yang mempunyai masaalah,dapat berhubung dengan pegawai yang telah ditugaskan disetiap kawasan. Diakhir ucapan beliau, beliau turut memaklumkan skop JKM kini telah bertambah dengan bantuan membaiki rumah turut disediakan.Beliau berharap agar para penerima bantuan dapat mengambil peluang yang disediakan ini untuk meningkatkan lagi taraf hidup masing-masing.

Sebahagian para penerima bantuan JKM yang hadir pada majlis JKM turun padang di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras.

Sementara itu dalam ucapan yang disampaikan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat Dun Batu Rakit Haji Kamaruddin Mohd yang mewakili YB Haji Khazan Che Mat, beliau berharap agar para penerima bantuan JKM sentiasa bersyukur dengan segala kemudahan yang diperolehi. Beliau juga berharap agar para penerima sentiasa menbantu pihak kerajaan untuk terus berusaha dalam meningkatkan lagi ekonomi dan taraf hidup rakyaat. Semoga apa yang diusahakan oleh kerajaan selama ini akan dapat memberikan keyakinan kepada rakyat untuk meneruskan kerajaan yang sedia ada pada pilihanraya yang akan datang. Beliau juga turut menyampaikan salam takzim daripada YB Haji Khazan Che Mat kerana tidak dapat bersama-sama menjayakan Program JKM turun padang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Diakhir ucapan beliau,beliau berharap agar para penerima bantuan terus bersama-sama berganding bahu dengan semua pihak didalam Dun Batu Rakit untuk menyokong segala yang terbaik dilakukan oleh YB Adun Batu Rakit.


Cerita dan Gambar: MAZLAN MUSTAFA

SETIU HARI INI

No comments:

Post a Comment